Pesakit strok perlukan bantuan dermawan

    - Advertisement -

    BAGAN SERAI: Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah melawat seorang penduduk kampung yang ditimpa ujian kesihatan di Jalan Kubu Gajah, Simpang Empat Semanggol, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Rohani Ahmad, 58, telah diserang strok pada 28 Oktober yang lalu dan sehingga kini beliau masih terlantar sakit dan memerlukan bantuan pergerakan sepenuh masa di rumahnya.

    Beliau merupakan isteri kepada Saidin Ahmad, 62, atau lebih dikenali sebagai ‘Din Tukang Masak’ yang berkerja sendiri dengan pendapatan hanya RM400 sebulan.

    Tanggungjawab Saidin untuk menjaga kebajikan isterinya disamping berniaga demi kelangsungan hidup mereka sekeluarga telah mengakibatkan kehidupan seharian keluarga ini semakin sukar.

    “Setakat ini, kami amat memerlukan sumbangan khas berbentuk susu sebagai bekalan makanan isteri saya yang terlantar sakit ini,” adunya ringkas.

    Lawatan ini turut diiringi oleh Timbalan Pengerusi Tetap PAS Kawasan Bagan Serai, Md Yusof Pe’ee serta petugas Pusat Khidmat Adun Gunung Semanggol.

    Razman merayu kepada orang ramai yang prihatin dengan nasib keluarga ini dan menyumbang secara terus ke akaun Bank Simpanan Nasional 0850029000140287 atas nama Rohani Binti Ahmad. – HARAKAHDAILY 7/11/2019

    - Advertisement -