Tingkat kesedaran mangsa keganasan rumah tangga

- Advertisement -

- Advertisement -


KANGAR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap perlindungan mangsa keganasan rumah tangga.


Pengarah JKM negeri Mohammad Hazam Ismail berkata, antara program dianjurkan Jerayawara Perlindungan Mangsa Keganasan Rumah Tangga dan sokongan bantuan kewangan melibatkan pemimpin tempatan.


Katanya, kumpulan sasar terdiri daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi membantu JKM bagi mengesan kes berkenaan.


“Tujuan utama program tersebut untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan pemimpin tempatan kerana mereka berurusan secara langsung dengan masyarakat.


“Program ini merupakan kali kedua diadakan. Dahulu kita adakan di Parlimen Kangar dan akan datang pula di Parlimen Padang Besar,” katanya pada sidang media selepas perasmian program tersebut semalam.


Perasmian disempurnakan Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Berenee Yahya.

- Advertisement -