Pesakit jantung di Perlis bertambah

- Advertisement -

- Advertisement -


KANGAR: Pengabaian gaya hidup sihat, enggan melakukan pemeriksaan awal, penghidap diabetes dan darah tinggi antara faktor peningkatan pesakit jantung dalam kalangan golongan muda sekarang.


Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Dato’ Dr Othman Warijo berkata, di Perlis usia paling muda pernah direkodkan mengalami penyakit jantung berusia 18 tahun.


Malah katanya penyakit jantung antara 10 kes tertinggi yang dirawat di HTF, selepas penyakit berkaitan kanak-kanak dan bersalin tahun ini.


“Statistik penyakit jantung di Perlis mencatatkan peningkatan, di mana seramai 115 pesakit kena serangan jantung direkodkan sehingga Oktober tahun ini, berbanding 108 pesakit dalam tempoh sama tahun lalu,” katanya di sini.


Beliau ditemui pada perasmian Sambutan Hari Jantung Sedunia 2019 Peringkat Perlis di Lobi Utama HTF hari ini.

- Advertisement -