LTTE : Kenapa AG tidak beri sebab gugur kes?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) kesal dengan pengguguran tuduhan SOSMA terhadap pemimpin DAP oleh pihak Peguam Negara tanpa dikemukakan sebarang sebab di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

- Advertisement -

Ketua DPIM, Shahir Adnan berkata, kerajaan seharusnya tidak tunduk kepada desakan sesiapa untuk meminda atau memansuhkan Kerajaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jelasnya, SOSMA adalah penting untuk menjaga keselamatan negara daripada dirobek oleh pengganas atau unsur-unsur keganasan.

Menurutnya, penarikan balik pertuduhan ke atas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP berkaitan LTTE dilihat tidak mencerminkan dasar kerajaan yang mahu mendukung “Rule of Law” yang dipelopori Perdana Menteri sejak memerintah Malaysia.

“Adakah keadaan kali ini satu kebetulan luar jangka oleh Peguam Negara?

“Pendakwaraya sememangnya mempunyai kuasa penuh dan hak undang-undang untuk mendakwa atau menarik balik pendakwaan mana-mana kes jenayah. Namun episod kali ini menunjukkan kredibiliti Peguam Negara diragui,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Berikutan daripada itu, beliau mengharapkan pihak Jabatan Peguam Negara tidak tunduk akan kuasa politik pihak tertentu yang mana akibatnya boleh menggugat keselamatan negara.

Tegasnya, unsur keganasan tidak ada tempat di negara ini.

- Advertisement -