Kempen melampau, bukti PH terdesak

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kempen keterlaluan pemimpin Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjong Piai boleh mencetuskan huru-hara dan ketegangan kaum.

- Advertisement -

Malah, ia dianggap tidak bermoral serta menggambarkan pakatan itu sangat terdesak kerana takut mengalami kekalahan berturut-turut sejak tiga PRK yang lalu.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya, ketika dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, tujuan PRK adalah untuk memilih pengganti wakil yang meninggal dunia, bukannya memilih samseng yang akan membuat kacau bilau di dalam negara.

Justeru itu katanya lagi, ugutan yang cuba dilakukan oleh Menteri Pertanian, Dato’ Seri Salehuddin Ayub, baru-baru ini ketika berkempen amat keterlaluan dan ia merupakan provokasi murahan terhadap PAS.

“Seorang ahli politik bertaraf menteri seperti beliau (Salehuddin) tidak sepatutnya menunjukkan contoh kempen seumpama itu. Beliau bukan lagi ‘budak’ dalam politik, usah jadi budak nakal dan samseng yang mengugut kawan-kawan sewaktu bertanding satu sama lain,” tegas beliau.

Bagi Ustaz Ahmad, kempen yang sihat ialah dengan mengemukakan tawaran dari parti atau calon yang bertanding bersama hujah atau alasan mengapa perlu memilih parti atau calon berkenaan bukannya melakukan ugutan dan ancaman kekacauan dan huru hara.

Katanya lagi, kita sudah menghampiri tahun 2020 di mana Malaysia disasarkan sebagai negara maju. Oleh itu biarlah kemajuan berlaku di dalam pelbagai bidang termasuk kempen pilihnraya.

“Andainya begitu sikap pemimpin PH yang menerajui Malaysia adakah ia boleh membawa kemajuan negara ini jika menteri sendiri mengugut dan menakut-nakutkan pengundi?” soalnya.

Beliau mengajak rakyat agar memahami bahawa kenyataan berunsur ugutan itu jelas bertentangan dengan Seksyen 4A (1), Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 ‘Kesalahan Mengembangkan Perasaan Jahat atau Permusuhan’*

Antaranya berbunyi, “Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan dengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana-mana orang dipilih boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.”

“Justeru saya mndesak SPR segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap siapa sahaja yang melanggar akta kesalahan pilihanraya termasuk individu yang bertaraf menteri.

“Saya juga mngajak pengundi Tanjung Pial memanfaatkan peluang PRK ini unt menzahirkan bantahan terhadap sikap yang ditunjukkan oleh menteri PH dengan memberi undi kepada calon dari BN. Kalahkan calon PH,” sambung Ustaz Ahmad.

- Advertisement -