Isu sawit, menteri perlu turun padang

- Advertisement -

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid menegaskan,Zawawi pihaknya telah meneliti kenyataan Menteri Industri Utama (MPI) yang cukup “menguris hati” rakyat berkenaan himpunan yang diadakan lebih 100 peneroka dan pekebun kecil di Parlimen baru-baru ini tanpa meneliti secara mendalam dan menyeluruh tujuan sebenar demonstrasi itu diadakan.

Kata beliau, perkataan “kurang cerdik” yang dilemparkan kepada ahli parlimen pembangkang yang memberi sokongan kepada himpunan tersebut sepatutnya wajar diberikan kepada Menteri berkenaan yang bukan sahaja tidak menjaga kebajikan peneroka dan pekebun kecil malah tidak menghayati masalah sebenar mereka.

“Saya kira adalah penting Menteri memaklumkan pelan strategik mengukuhkan harga sawit dan eksport sawit serta meneroka pasaran baru industri sawit ekoran pergolakan industri sawit yang berlaku.

“Selain itu, peruntukan khusus kepada peneroka dan pekebun kecil juga diambil kira susulan dengan ketidakstabilan minyak sawit negara.Menteri yang telah memegang tampuk pemerintahan sewajarnya bersikap adil dan bertimbang rasa.

Berikut sambungan kenyataan Ahli Parlimen Kemaman yang dikeluarkan hari ini.

Di samping itu, saya menggesa agar Menteri berkenaan turun padang dan mendengar sendiri suara serta keluhan peneroka dan pekebun kecil bukannya memperlekeh atau menjadi satu bahan sinis. Hal ini kerana, mereka adalah pemegang taruh utama yang terkesan dengan kelembapan dan ketidakstabilan industri sawit negara.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB CHE ALIAS HAMID
Ahli Parlimen Kemaman

6 November 2019

- Advertisement -