Hari Terbuka SRITI dan SMITI Muallim

- Advertisement -

TANJONG MALIM: Hari Terbuka SRITI dan SMITI Muallim yang bertujuan memperkenalkan institusi pendidikan Islam di bawah Dewan Pemuda PAS ini kepada masyarakat telah diadakan di SRITI Muallim, Slim River, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Mudir SRITI Muallim, Ustaz Sayed Zamzuri Sayed Nengah dalam ucapannya menyatakan bahawa, SRITI Muallim sudah beroperasi selama enam tahun sejak 31 Mac 2014 dan mempunyai seramai 185 pelajar.

Menurutnya lagi, SRITI Muallim kini sedang mengumpul dana pembangunan untuk menyiapkan bangunan kekal di Kampung Sungai Sempa, Slim River.

Timbalan Pengarah Jabatan SRITI Perak, Ustaz Azuan Ali Aziz dan Pengarah Jabatan SMITI Perak, Dr Khaled Mat masing-masing turut menyampaikan taklimat SRITI dan SMITI kepada ibu bapa.

Menurut Dr Khaled, bermula tahun 2020, sebanyak tujuh SMITI akan memulakan operasinya di tiga buah negeri, iaitu Sabah, Perak dan Kedah.

“Tiga SMITI akan memulakan operasinya di negeri Perak, iaitu SMITI Muallim (Slim River), SMITI At-Taklim (Seri Iskandar) dan SMITI At-Taufiq (Gerik)”, ujarnya.

SRITI dan SMITI Muallim akan mengadakan program Hi-Tea Pengumpulan Dana Pembangunan SRITI dan SMITI Muallim pada 14 November ini yang akan dihadiri oleh Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr Nik Muhammadd Zawawi Salleh.

Kepada yang berminat untuk memberikan sumbangan bagi tujuan pembangunan SRITI dan SMITI Muallim bolehlah salurkan sumbangan terus ke akaun Bank Rakyat (1109-5100-0737) atas nama Sekolah Rendah Integrasi Islam.

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Ustaz Sayed Zamzuri di talian 012-313 0923 atau Dr Khaled di talian 013-519 5057. – HARAKAHDAILY 6/11/2019

- Advertisement -