Bola Jaring Ameerah Paya Besar dalam syariat

- Advertisement -

PAYA BESAR: Ameerah Kawasan Paya Besar telah mengadakan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Dewan Muslimat PAS Paya Besar di Arena Terbuka Dato’ Sri Manan, Dewan Orang Ramai Permatang Badak Baru, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Pertandingan dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Muslimat PAS Paya Besar ini mendapat penyertaan dari sembilan pasukan termasuk pasukan Majlis Guru PASTI sebagai jemputan yang merupakan ikon kepada PAS sendiri.

Objektif program ini ialah menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat terutama golongan wanita serta menerapkan adab dan nilai-nilai Islam dalam aktiviti kesukanan.

Antaranya meliputi kepentingan seperti pemakaian mengikut syariat, menjaga batas-batas pergaulan dan melahirkan semangat kesukanan mengikut acuan Islam.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Paya Besar, Ustazah Norzilah Husin yang merasmikan program dan Pengerusi Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi, Wan Azizah Wan Yusoff, serta Ketua Ameerah Paya Besar, Ustazah Siti Hajar Hassan Basri.

Dalam ucapan perasmian, Ustazah Norzilah berasa bangga dan berbesar hati apabila melihat pemain dapat bermain dengan sangat baik serta pakaian yang menyejukkan mata apabila semua pemain mengenakan baju Muslimah.

Selain itu, beliau turut berkongsi tentang kebaikan bersukan kepada fizikal, mental, spiritual dengan dapat memantapkan pelaksanaan ibadah apabila badan sihat.

Pengarah Kejohanan, Noor Bashirah Harun mengharapkan agar program seperti ini dapat terus dijadikan acara tahunan serta menanti maklum balas dari semua pihak untuk penambahbaikan.

Beliau menyatakan bahawa pertandingan bola jaring ini merupakan kali ke empat telah dianjurkan oleh Ameerah Paya Besar dan kali pertama dengan kerjasama Muslimat PAS Paya Besar. – HARAKAHDAILY 6/11/2019

- Advertisement -