Bagan Serai kumpul dana Ulang Tahun PAS

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Gunung Semanggol telah mengagihkan kit pengurusan jenazah kepada ahli PAS di Markaz PAS Gunung Semanggol, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria berkata, kit pengurusan jenazah ini disumbangkan hasil kutipan dana infak orang ramai yang menyumbang kepada PAS melalui Pusat Khidmat Adun.

“Kit ini merupakan peralatan asas urusan pengkebumian yang terdiri daripada set kain kafan dan set mandi jenazah. Usaha ini dimurnikan bagi memudahkan urusan pengurusan jenazah di Cawangan-cawangan yang merupakan tanggungjawab sosial dan tuntutan fardu kifayah dalam masyarakat,” ujar Razman.

Penyerahan kit tersebut dilakukan sebagai salah satu agenda Mesyuarat PAS Kawasan Bagan Serai yang telah berkumpul dan bermusyawarah bagi menyelaraskan gerak kerja Sambutan Ulang Tahun PAS Perak Kali Ke-68.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Bagan Serai, Ustaz Salehudin Abdullah membincangkan penetapan tentatif dan pelaksana program Sambutan Ulang Tahun PAS Perak pada 23 dan 24 November ini.

“Kita membuka peluang kepada orang ramai untuk berinfak terutamanya dalam membantu kami menjayakan kenduri rakyat pada 24 November ini. Antara program yang akan dijalankan serentak ialah Khatan Perdana, Bantuan Persekolahan 2020, Ceramah Keusahawanan, Bicara dakwah dan lain-lain lagi,” ujar beliau.

Selaku tuan rumah, PAS Bagan Serai mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi mendokong usaha murni ini dan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Tabung Kebajikan Rakyat 5582 4820 7682.

Sebarang pertanyaan hubungi mana-mana nombor berikut; Salehuddin (016 5974387), Rosman (010 229 3554) dan Abu (014 604 7801).HARAKAHDAILY 6/11/2019

- Advertisement -