SRITI At-Taqwa perlukan RM60 ribu dana bina surau

    - Advertisement -

    TAPAH: Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At-Taqwa Tapah akan mewujudkan sebuah surau yang masih dalam pembinaan bagi memperkemaskan pengurusan SRITI di peringkat kawasan.

    - Advertisement -

    Pembinaan surau ini bertujuan menjadi satu pusat latihan pendidikan kerohanian kepada semua pelajar SRITI untuk dididik menjadi insan yang berakhlak mulia serta bertakwa.

    Pengerusi SRITI At-Taqwa, Ustaz Ahmad Nizam Mohd Daud berkata,  penubuhan surau ini adalah sebagai usaha untuk memastikan bahawa proses pentarbiyahan berpusat pelajar-pelajar SRITI ini dapat dilentur sejak dari Tahun Satu.

    Menurutnya lagi, antara usaha lain telah dijalankan untuk menambah dana ialah dengan mendapatkan kelulusan mengutip derma khairat daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

    Jelas beliau, SRITI At-Taqwa juga telahpun menambah-baik infrastruktur tambahan laluan berbumbung dan dataran perhimpunan untuk kemudahan dan keselesaan pelajar-pelajar  dalam menjalankan aktiviti harian.

    Guru Besar SRITI At-Taqwa, Hanisah Zahidah Mohd Sulaiman pula berkata, jumlah sumbangan diperlukan untuk menyiapkan surau tersebut RM100,000 di mana RM40,000 telahpun dibelanjakan dan RM60,000 masih diperlukan bagi mengelakkannya daripada tergendala.

    SRITI At-Taqwa juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai dalam bentuk zakat, fidyah, infak dan wakaf untuk bersama membangunkan surau tersebut serta pengurusan dan pentadbirannya.

    Sebarang sumbangan dan infak boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Rakyat 1106 1100 2270 atas nama SRITI At-Taqwa atau boleh hubungi terus Ustaz Ahmad Nizam 011-1338 8518. – HARAKAHDAILY 5/11/2019

    - Advertisement -