Pimpinan PAS WP dalami ilmu pilihan raya

- Advertisement -

SETIAWANGSA:  Jabatan Pilihan Raya Negeri Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Induksi dan Kepimpinan Pilihan Raya peringkat Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Seminar Masjid Rahman, Jalan Pantai Baharu, di sini semalam.

- Advertisement -

Tiga kertas kerja daripada tujuh modul Institut Latihan Pilihan Raya PAS Pusat (ILPAS) telah dibentangkan iaitu Modul Aqidah oleh Dr Zuraini Hashim, Modul Undang-undang oleh Peguam, Ahmad Lutfi Awang dan Modul Informasi oleh Mohd Nasri Mohd Zaid

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayah Persekutuan, Izamuddin Ludin dalam ucapannya menegaskan kepentingan kepimpinan dan petugas PAS semua peringkat memiliki kemahiran kepilihanrayaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah 1 merangkap Pengarah Strategik Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPPP), Dr Wan Nik Wan Yussof.

Beliau meletakkan harapan tinggi supaya ilmu dan kemahiran pilihan raya sebagaimana Modul ILPAS dapat diperturunkan hingga Unit Daerah Mengundi (UDM).

Beliau menjelaskan dengan terperinci tujuh modul tersebut iaitu Modul Aqidah, Modul Undang-Undang, Modul Organisasi, Modul Strategi , Modul Millenial dan Modul Teknikal untuk dilatih kepada petugas pilihan raya secara teratur.

“Ilmu kemahiran Pilihan Raya ini akan memperkasa Jentera Pilihan PAS menghadapi pelbagai cabaran dan menjana kemenangan kepada Islam dalam PRU15 yang dijangka pada 2021,” ujar beliau.

Lebih 100 pimpinan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan dari 13 kawasan telah hadir termasuk Setiausaha PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Hadi Abdul Halim. – HARAKAHDAILY 4/11/2019

- Advertisement -