Muslimat Tanjong Malim jayakan tamrin asas

- Advertisement -

TANJONG MALIM: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tanjong Malim telah menganjurkan Tamrin Asas Muslimat bertempat di Pusat Pengajian dan Motivasi Kampung Poh, Bidor selama dua hari bermula 31 Oktober dan berakhir kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Dengan tema Akidah Asas Perjuangan, tamrin kali ini memfokuskan pemantapan akidah sohehah dalam kalangan Muslimat dan melibatkan seramai 70 peserta daripada seluruh PAS Cawangan.

Antara objektif utama tamrin ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhuwah dan kerjasama dalam kalangan Muslimat PAS Tanjong Malim serta memberi pendedahan kepada situasi politik semasa tanah air.

Disamping pengisian ceramah dan kuliah haraki, para peserta turut terlibat dalam aktiviti team building, ice breaking dan latihan dalam kumpulan bagi membina hubungan antara Muslimat serta kemampuan merancang.

Tamrin yang dirasmikan penutupannya oleh Ketua Muslimat PAS Tanjong Malim, Halimah Dahari ini turut dihadiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Muslimat PAS Tanjong Malim, Normazidah Yahya dan Azizah Hassan serta lainnya. – HARAKAHDAILY 4/11/2019

- Advertisement -