Warga emas bangsa India sakit disantuni PAS

- Advertisement -

IPOH TIMUR: Seorang warga emas berbangsa India, Ariya Tangoo Poonusami, 66 yang tinggal di flat dekat sini, menderita sakit usus dan hanya mampu terbaring sekiranya berada dalam keadaan terlalu sakit.

- Advertisement -

Penderitaan itu mendapat perhatian Pengerusi Lajnah Perpaduan dan NGO Negeri Perak yang juga merupakan Yang Di Pertua PAS Kawasan Ipoh Timur Ustaz Azmi Murad Mohd Yusuf yang meluangkan masa melawatnya.

Kakak warga emas berkenaan, Shanti Poonusami, 67 berkata, jika penyakit usus itu membengkak, ia akan menyebabkan adiknya meraung kesakitan walaupun memakan ubat penahan sakit.

Maklum beliau, dulu adiknya tinggal bersendirian, namun selepas terlantar sakit, dia mengambil tanggungjawab menjaganya sepenuh masa sejak tahun lalu.

Namun, beliau amat terharu dengan kehadiran delegasi PAS yang sudi datang menjenguk dan memberi bantuan apabila mengetahui adiknya terlantar sakit di mana sejak daripada tahun lalu lagi kerap bertanya khabar.

“Hari ini kami dua beradik sungguh terharu apabila rombongan PAS sudi meluangkan masa melawat adik saya yang sedang uzur bagi bertanya khabar dan memberi sumbangan wang tunai dan keperluan harian kepadanya,” kata beliau ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Ipoh Timur Ustazah Hamisah Hasnan serta beberapa wakil yang lainnya. – HARAKAHDAILY 3/11/2019

- Advertisement -