Pesakit tulang belakang disantuni PAS Klebang Restu

    - Advertisement -

    TAMBUN: PAS Cawangan Medan Klebang Restu diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Medan Klebang Restu, Ustaz Mohd Imam Baihaqi Hassan telah mengadakan ziarah kebajikan di kawasan perumahan ini, di sini semalam.

    - Advertisement -

    “Kita mendapat tajaan daripada orang ramai bagi menjayakan program sumbangan infak tetap bulanan ini. Antara penerima yang layak menerima bantuan ialah ibu tunggal, golongan asnaf dan pesakit kronik,” ujarnya yang juga Bendahari Cawangan ini.

    Melalui program ziarah ini, PAS Medan Klebang Restu menemui salah seorang penerima sumbangan makanan asas dapur ini yang dipercayai tidak menerima wang pampasan SOCSO berikutan penyakit dihidapinya.

    Nor Rohani Zainal Abidin, 54 berkata, beliau kini sedang membuat rayuan kali kedua untuk menerima wang SOCSO berikutan komplikasi tulang belakang yang beliau hadapi.

    Beliau terpaksa berhenti kerja sebagai pekerja kilang awal tahun lalu kerana ketidakmampuan meneruskan kerjanya setelah melakukan pembedahan menggantikan tulang belakangnya dengan besi.

    “Permohonan wang pampasan SOCSO saya ditolak kerana dari segi fizikalnya saya dilihat mampu berkerja, namun pergerakan saya terbatas kerana masalah kesihatan yang dialami serta terpaksa menjaga kebajikan anak sulung yang menghidap penyakit sawan,” adunya ringkas.

    Ketua Muslimat PAS Medan Klebang Restu, Jamani Azizan mengharapkan bantuan dan sumbangan orang ramai untuk disalurkan sumbangan buat Nor Rohani bagi membantu urusan kebajikannya.

    Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank Nor Rohani Zainal Abidin 1080 1069 0605 atau menghubunginya di talian 017-5443946. – HARAKAHDAILY 3/11/2019

    - Advertisement -