PAS-Umno Tapah prihatin nasib mangsa banjir

- Advertisement -

TAPAH: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Tapah telah mengadakan ziarah menyantuni serta menyampaikan bantuan kepada 19 keluarga mangsa-mangsa banjir di Kampung Pasir, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Penyampaian bantuan berupa barangan dilakukan oleh Ketua Umno Tapah, Ishsam Shahruddin bagi meringankan kesusahan yang dialami mangsa-mangsa banjir ini turut disertai Pengarah Pilihan Raya PAS Tapah, Nordin Hassan.

Menurut Nordin, punca masalah banjir kali ini adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan disamping sungai berdekatan memerlukah lebih pelebaran dan kedalaman kerana telah ditutupi oleh pasir-pasir.

Beliau menyeru supaya pihak berwajib dapat memainkan peranan dengan peruntukan kewangan negeri untuk mengkaji keupayaan sungai berdekatan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi.
 
Ahli Jawatankuasa PAS Tapah, Salmah Ab Latif yang merupakan bekas calon PAS Dun Ayer Kuning antara hadir bersama rombongan Muslimat sebagai tanda prihatin dan simpati dengan bencana yang menimpa penduduk kampung tersebut. – HARAKAHDAILY 3/11/2019

- Advertisement -