Komposisi MP Muafakat Nasional dipimpin Melayu

- Advertisement -

SEPERTI mana PAS pernah berkempen untuk calon bukan Islam semasa di dalam Barisan Alternatif, Angkatan Perpaduan Ummah, Pakatan Rakyat mahupun dalam PRU-14 yang lalu untuk calon-calon dari Dewan Himpunan Pendukung PAS DHPP, kali ini PAS juga menghormati keputusan musyawarah Muafakat Nasional yang memberikan hak kepada Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka.

Saya sebagai Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Terengganu melihat ini sebagai komitmen PAS terhadap pembentukan kerajaan yang mengambil kira masyarakat majmuk Malaysia yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama seperti yang selalu dipertegaskan oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS tetapi pada masa yang sama tetap teguh dengan prinsip kepimpinan Islam dan Melayu yang menjadi masyarakat dominan.

Seperti yang diketahui, bilangan wakil rakyat bukan Islam atau Melayu lebih kurang sama ramai (64:65) dengan ahli Parlimen beragama Islam dalam PH. Ia berbeza dengan sangat ketara berbanding ahli Parlimen dari blok Muafakat Nasional yang cuma ada Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong dan Datuk Seri M. Saravanan daripada MIC di dalam Parlimen. Parti-parti dalam blok Muafakat Nasional seperti Umno, PAS, dan GPS sedia jelas akan kedudukan Islam atau Melayu memimpin.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
3 November 2019/ 6 Rabi’ulawal 1441H – HARAKAHDAILY 3/11/2019

- Advertisement -
- Advertisement -