Perkukuh Muafakat Nasional atasi agenda jahat DAP

- Advertisement -

IPOH: Kerajaan PH dilihat dikawal dan dinakhodai DAP di mana sekali gus meletakkan orang Melayu Bumiputera yang merupakan 70 peratus rakyat negara ini berada di bawah kekuasaan mereka.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria bahkan menempelak, betapa DAP biarpun kecil jumlah mereka, tetapi giat melaksanakan rancangan yang memecahbelahkan umat Islam khususnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Muafakat Nasional diperkukuhkan sebagai formula rakyat pelbagai kaum mendepani penguasaan DAP dan menjaga kesinambungan kemakmuran negara dari tangan-tangan jahat.

“Dengan hanya kuasa yang kecil dalam kerajaan, DAP mula menunjuk belang dengan menyuntik pengiktirafan (kepada) Komunis. Misalnya, mereka berani menyebarkan komik mengiktiraf perjuangan komunis di sekolah-sekolah.

“Dalam keadaan graduan Melayu digantung ijazah kerana berswafoto di atas pentas, DAP pula lantang mempertahankan kebiadaban graduan Cina yang melakukan kekacauan di hari graduasi Universiti Malaya. Lebih malang lagi, ijazah tetap diberikan kepada graduan biadab itu.

“Kita bukanlah rasis dalam memperjuangkan Muafakat Nasional ini. Hal ini kerana kerakusan DAP dalam menyuntik Islamofobia semakin hari semakin membimbangkan kedudukan Melayu dan agama Islam ini wajar kita tangani,” ujarnya.

Sedangkan menurut beliau, tiada mana-mana kaum minoriti bukan Islam ditindas di dalam negara umat Islam sebagaimana Muafakat Nasional juga menjadi rancangan untuk memelihara kepentingan semua.

Razman turut menyifatkan bahawa pemimpin PH memperbodohkan kecerdikan rakyat dengan membohongi serta memungkiri janji-janji palsu dan kenyataan yang tidak masuk akal.

“Jikalau pengurusan benih padi pun mereka tidak boleh urus dengan baik, bagaimana pula PH mahu urus negara,” tempelak Razman yang juga merupakan Adun Gunung Semanggol itu. – HARAKAHDAILY 2/11/2019

- Advertisement -