Muafakat Nasional tidak rasis, GPS patut turut serta

- Advertisement -

GABUNGAN Muafakat Nasional (MN) antara Umno, PAS, MCA, MIC dan Gagasan Sejahtera mencitrakan satu gagasan politik yang menjunjung Perlembagaan Negara dan mengangkat nilai Rukun Negara juga menghormati perjanjian kontrak sosial yang cuba dirobek oleh PH.

Ini dibuktikan di PRK Tanjung Pia, apabila MN mencalonkan MCA untuk bertanding mewakili BN dan ia dipersetujui oleh semua komponen dalam MN termasuk pendirian tegas Presiden PAS. Ini Jelas menunjukkan MN menolak sebarang bentuk perkauman mahupun pelampau agama. Ianya bertentangan, kononnya MN rasis dan memihak kepada suatu kaum atau agama sahaja seperti yang difitnah oleh PH selama ini.

Walaupun hakikatnya semangat MN yang mirip perjuangan GPS di Sarawak, ia tidak akan bermakna bagi Sarawak, jika GPS tidak menetapkan haluan kolaborasi politik untuk bersama MN bagi berdepan siri Pilihan Raya Negeri atau PRU yang semestinya seteru GPS adalah PH.

Sarawak yang dimaklumi akan semangat perpaduan yang utuh dan kebersamaan nilai berbangsa tinggi, sepatutnya GPS melihat MN baik untuk dimanfaatkan di bumi Sarawak bagi mengekang PH yang didominasi oleh DAP. Sikap Cauvinis dan pelampau DAP merbahaya kepada keharmonian Sarawak. GPS tanpa BN dilihat gagal mengekang pengaruh dan penguasaan DAP terhadap penduduk Sarawak. Tambahan pula, DAP mengepalai PH di Putrajaya.

Sudah tiba masanya, GPS turut serta dalam gagasan MN untuk memastikan PRN dan PRU akan datang suatu gelombang besar bagi menyingkirkan PH dari Putrajaya dan DAP di semua kawasan Parlimen yang ditandingi khususnya di Sarawak.

Pemuda PAS Sarawak percaya dengan prinsip perjuangan GPS yang mahukan rakyat Sarawak menikmati hasil masul negara secara adil dan saksama serta menuntut hak yang sepatutnya dimiliki oleh Sarawak ditunaikan. Maka DPPNS dengan  rendah hati mempelawa GPS dan seluruh rakyat Sarawak agar Muafakat Nasional dibawa ke bumi Sarawak untuk kita sama-sama membina Malaysia Sejahtera tanpa DAP.

SYAMSUL BAHRIE
Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 1/11/2019

- Advertisement -
- Advertisement -