Tidak timbul calon simpanan – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man turut memperbetulkan dakwaan bahawa parti itu mempunyai calon simpanan untuk PRK tersebut.

“Tidak timbul calon simpanan. PAS sudah menjelaskan bahawa tidak akan meletakkan calon dan calon simpanan tiada istilah dalam pilihan raya.

“Cuma yang beraku ialah kita ‘standby’ sekiranya berlaku apa-apa kes kepada calon BN,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, PAS menerima calon yang telah diletakkan oleh BN dan menghormati keputusan tersebut.

BN telah mengumumkan Dato’ Seri Wee Jeck Seng daripada MCA sebagai calon dalam PRK Tanjung Piai. Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohammad malam tadi.

PRK Parlimen Tanjung Piai akan berlangsung pada 16 November ini, tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian awal pada 12 November.

PRK itu diadakan kerana kematian penyandang, Dr Md Farid Md Rafiq pada 21 September lalu. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

- Advertisement -