PH dan janji royalti petroleum kepada Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dilihat terus berdolak-dalih untuk menunaikan hak kepada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembayaran royalti petroleum sebagaimana termaktub dalam akta berkaitan dan janji pernah dinyatakan.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi membidas kenyataan berubah-ubah daripada PH yang berjanji sebelum PRU14 lalu, hinggalah kini telahpun menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

Namun kesali beliau yang juga Setiausaha PAS Kelantan, hal mengenai pembayaran tersebut terus dijadikan mainan, pembohongan dan pelbagai alasan tanpa ia ditunaikan secara jaminan serta kepastian.

Sehubungan itu, beliau menyenaraikan semula semua kata, kenyataan, janji dan alasan sepanjang tiga tahun ini yakni secara khusus pada tahun 2017 hingga terbaru diungkapkan hal tersebut, semalam.

Berikut ialah petikan kata-kata daripada pihak PH itu:

“Rakyat Kelantan tidak mendapat royalti kerana negara ini ditadbir oleh Kerajaan BN yang zalim. Kalau PH menang pilihan raya dan dapat memerintah Malaysia kita akan bayar Royalti kepada Kelantan bukan saja 5 peratus tetapi 20 peratus.” (2017)

“Kita tidak boleh bayar royalti petroleum kepada Kelantan kerana kes saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petronas masih berjalan. Kita akan bayar royalti ini sebaik urusan tarik balik saman Kerajaan Negeri Kelantan selesai, harap dapat sabar sikit.” (2018)

“Kita tidak boleh bayar royalti kepada Kelantan kerana sempadan laut negeri antara Kelantan, Terengganu dan Pahang belum selesai, kita akan bayar bila sempadan laut negeri ini selesai. Kerajaan ini tidak khianat.” (2019) – HARAKAHDAILY 31/10/2019

- Advertisement -