Exco: Pendirian Perlis selaras PAS Pusat

- Advertisement -

KANGAR: PAS Perlis menyifatkan belum ada keperluan lagi Adun PAS menyertai barisan Exco kerajaan negeri memandangkan Exco Barisan Nasional (BN) mampu melaksanakan tugas dengan baik.

- Advertisement -

Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim berkata, saf Exco yang sedia ada mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan.

“Pendirian PAS Pusat adalah selari dengan pendirian PAS di peringkat negeri. Belum tiba masanya lagi untuk kita menyertai barisan Exco Perlis.

“Selain itu barisan Exco yang sedia ada boleh menggalas portfolio yang diberi dengan baik,” katanya yang juga Adun Guar Sanji.

Semalam Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor memberitahu PAS belum bersedia untuk menyertai barisan Exco Kerajaan Perlis.

Selain Mohd Ridzuan PAS Perlis mempunyai seorang lagi wakil rakyat iaitu Adun Sanglang Mohd Shukri Ramli. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

- Advertisement -