Calon MCA dikenali ramai di Tanjung Piai

- Advertisement -

BENTONG: Keputusan Barisan Nasional (BN) menamakan semula Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng bagi misi merampas semula parlimen Tanjung Piai dianggap tepat dalam situasi sekarang.

- Advertisement -

Ketua Penerangan Muslimat PAS PahangM Yusma Yusof berkata, lagipun Tanjung Piai merupakan kawasan tradisi MCA sejak dahulu lagi biarpun bilangan pengundi Melayu lebih ramai.

“Calon MCA itu begitu dikenali kerana sudah lama menabur jasa kepada penduduk di situ,” katanya di sini.

Semalam Pengerusi BN JohorM Dato’ Ir Hasni Mohammad mengumumkan bekas calon BN terbabit bagi meneruskan cabaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu akan diadakan pada 16 November, pengundian awal pula pada 12 November, manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada PRK tersebut Bersatu menamakan Karmanine Sardini. Gerakan turut menampilkan Timbalan Setiausaha Agung parti itu Wendy Subramanian.

Yusma juga berkata, penyokong PAS tidak keberatan untuk menyokong calon BN di Tanjung Piai atas nama Muafakat Nasional. – HARAKAHDAILY 31/10/2019

- Advertisement -