Tamrin Pemuda Bkt Gantang perkasa agenda tarbiyah

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Gantang telah menganjurkan tamrin yang dilangsungkan di Markas Tarbiyah PAS Bukit Chempedak, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Lajnah Tarbiyah Pemuda PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Sayuti Zawahib, tamrin ini bertujuan menjana kekuatan dalaman dan memperkasa agenda tarbiyah anak muda.

Selain itu ujarnya, ia juga merupakan program ukhuwah Pemuda di semua peringkat selain meningkatkan daya juang dan tahan untuk berdepan dengan segala halangan  dan rintangan dalam perjuangan.

Bagi memastikan konsep akidah diterapkan secara jelas kepada Pemuda PAS, tamrin ini menampilkan enam kertas kerja iaitu Mukadimah Akidah Muslim dan Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam.

Juga Islam Sebagai Ad-Din, Syahadatain: Panduan Hidup Muslim, Tauhid dan Tuntutannya serta Ideologi Moden: Pengaruh dan Kesan Ke Atas Umat Islam.

“Aktiviti sebegini sangat penting kepada pemuda kerana ianya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam terhadap perjuangan yang kita dokong ini,” jelasnya.

Program ini mendapat komitmen yang tinggi daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan dan  Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan apabila disertai seramai 60 anggota pemuda.

Turut hadir pengisi slot program adalah Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman. – HARAKAHDAILY 30/10/2019

- Advertisement -