Pemuda Parit Buntar beraksi di Futsal Mahabah

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan perlawanan persahabatan Futsal Mahabah antara Pemuda Cawangan-cawangan.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi DACS Parit Buntar, Nizam Yunus, perlawanan tersebut bukan menentukan pemenang tetapi diadakan sebagai medan menyemarakkan semangat kesukanan antara Pemuda.

Program yang juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama Pemuda PAS ini telah disertai sepuluh pasukan dan berlangsung meriah di Asia Futsal Arena, Bagan Serai, di sini semalam.

Timbalan DACS Parit Buntar, Mahyuddin Mansur memaklumkan, pihaknya akan mengadakan program sukan berskala lebih besar dengan sasaran penyertaan terutama dari pemuda pelbagai kaum.

Futsal Mahabah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Parit Buntar, Mohd Hayat Mokhtar selain turut diadakan kempen ke Ijtimak Tarbawi 7.0 di Kuala Kangsar pada 15 dan 16 November depan. – HARAKAHDAILY 28/10/2019

- Advertisement -