MAIWP tidak wajar berprogram di tempat fitnah

- Advertisement -

PAS Kawasan Labuan kesal tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Labuan memilih sebuah Resort yang baru sahaja selesai menganjurkan pesta arak sebagai tempat melaksanakan hari keluarga pada Sabtu, 26 Oktober 2019.

Sepatutnya pihak MAIWP yang merupakan sebuah institusi agama yang dihormati wajib mengambil keputusan dengan mengutamakan dan mempertahankan maruah Islam.

Walaupun dimaklumi kebanyakan hotel di Labuan menghidangkan arak tetapi seharusnya pihak MAIWP memilih maslahat yang lebih besar iaitu memilih hotel atau permis yang tidak menganjurkan pesta Arak atau tempat yang tidak menghidangkan arak sama sekali. Masih banyak lokasi di Labuan yang boleh MAIWP jadikan tempat sambutan hari keluarga seperti Taman Damai Layang2an, Desa Tunas Hijau di Kampung Sungai Miri, Pantai Sungai Labu dan banyak lagi.

Pihak PAS Labuan melihat tindakan ini seolah-olah sengaja diambil oleh pihak pengurusan MAIWP (walaupun tidak dipersetujui oleh sebilangan kakitangan) yang mana secara langsung menyokong Palm Beach Resort yang sedang diboikot oleh masyarakat Islam perihatin Labuan. Sepatutnya Instutusi Agama ini lebih mendahulukan pertimbangan agama dalam mana-mana tindakan yang diambil.

PAS Labuan sangat-sangat merasa kesal dengan tindakan MAIWP yang tidak sensitif dan tidak menghormati meruah penduduk Islam Labuan apabila memilih Palm Beach Resort  sebagai tempat mengadakan Hari Keluarga seminggu sejurus tamatnya pesta arak di Resort tersebut. Di kala masyarakat islam masih dalam dilema dengan pesta arak seminggu lalu, pihak MAIWP Labuan pula tampil menambah berat lagi kekesalan umat Islam Labuan.

PAS Labuan melihat keterlanjuran MAIWP Labuan ini telah mencemar izzah Islam di Labuan dan sekali gus memberi mileage kepada pihak penaja pesta arak untuk terus berbangga dengan pengiktirafan MAIWP Labuan.

PAS Labuan tidak hairan jika selepas ini masyarakat Islam Labuan tidak lagi menghormati isntitusi ini kerana MAIWP sendiri yang mengaibkan imej mereka.

PAS Labuan mengingatkan pihak MAIWP bahawa 10 pihak dan NGO Islam di Labuan telah bersama menandatangan petisyen supaya Pesta Arak di Palm Beach Resort dibatalkan namun bantahan tersebut tidak diendahkan dan tiba-tiba selepas pesta arak berlangsung, MAIWP pula muncul berprogram di sana.
di mana rasa hormat dan maruah terhadap umat Islam?

PAS Labuan menggesa agar pihak MAIWP Kuala Lumpur mengambil serius terhadap keterlanjuran ini.

HAJI HAMIR HAJI ZAHARI
Yang DiPertua PAS Kawasan LABUAN
Isnin, 28hb Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 28/10/2019

- Advertisement -
- Advertisement -