Hanipa Maidin sudah lupa

- Advertisement -

SINIS sekali Hanipa Maidin menggesa Presiden PAS supaya bersara kerana kononnya ‘dah makin tak ketahuan’ kerana pertahankan orang-orang Melayu dari tuduhan rasis sedangkan sebelum ini Presiden PAS kononnya tak terima perjuangan isu-isu Melayu ini.

Hanipa Maidin sudah lupa bahawa dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-50 di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) pada 27, 28 dan 29 Ogos 2004, Dewan Pemuda PAS Pusat yang Hanipa Maidin adalah salah seorang Exco-nya telah mengemukakan usul ini: 

1.     Mendesak PAS Pusat bergabung usaha dengan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) menggerakkan kempen mempertahankan hak istimewa orang Melayu secara bersepadu;

2.      Memberi amaran kepada mana-mana pihak jangan mempersoalkan kontrak sosial yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan;

3.      Mendesak kerajaan mengembalikan semula kewibawaan bahasa Melayu dan mempertingkatkan penggunaannya;

4.      Mendesak kerajaan membatalkan serta-merta keputusan meminda Tanah Rizab Melayu untuk dipajakkan kepada orang bukan Melayu;

5.      Mendesak institusi membangunkan orang Melayu seperti UDA, MARA, FELDA, RISDA, PNB dan lain-lain sektor pelaburan milik Melayu dikembalikan semula fungsinya dalam menjamin kepentingan bangsa Melayu;

6.      Mendesak kerajaan mengkaji semula hak pendidikan pelajar-pelajar Melayu, sama ada kuota ke IPTA, biasiswa dan kemudahan pembelajaran, agar mampu bersaing dengan bangsa lain.

Kalau Presiden PAS waktu itu, yang kini adalah Presiden PAS sekarang, tak terima perjuangan isu-isu Melayu ini maka mana mungkin usul Dewan Pemuda PAS Pusat yang memperjuangkan isu-isu Melayu ini dapat dikemuka dan diluluskan oleh Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-50.

Mudah sekali Hanipa Maidin lupa perjuangannya dalam PAS dulu sedangkan isu-isu yang sekarang dianggap rasis oleh kawan-kawannya inilah juga yang diperjuangkannya dulu. – HARAKAHDAILY 28/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -