Khidmat bantuan banjir jentera PAS Kuala Kangsar

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Kuala Kangsar telah bertindak pantas menurunkan anggotanya membantu para penduduk yang terlibat dalam banjir kilat, semalam.

- Advertisement -

Diketuai Komanden AMAL Kuala Kangsar, Zainal Abidin Sakor, pasukan dengan kekuatan 13 anggota ini telah menjalankan khidmat operasi bantuan tersebut di Kampung Jeliang, di sini.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Omar Adam, berikutan hujan yang berpanjangan, air telah naik dan menyebabkan beberapa rumah kediaman penduduk dilanda oleh banjir.

Beliau juga menasihati seluruh warga Bandar DiRaja ini berwaspada terhadap amaran banjir memandangkan musim hujan yang sudah tiba iaitu dengan sentiasa mengutamakan keselamatan diri.

Katanya, orang awam mestilah mengelakkan diri dari sebarang kejadian tidak diingini dan kekal bersabar dengan mengingati Allah sebanyak-banyaknya dan mengingat bahawa banjir tersebut adalah ujian dari-Nya.

Pun begitu janji beliau, atas khidmat kemanusiaan, pihak Pemuda PAS menerusi Jabatan Amal sentiasa bersiap sedia untuk membantu penduduk yang terlibat dalam kesulitan tersebut.

Pimpinan PAS Kuala Kangsar yang turut sama dalam operasi tersebut adalah Timbalan Ketua Pemuda, Khomaini Zulkifli dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan, Ustaz Dzorif Ramli serta Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, Ustaz Yusuf Mahayuddin. – HARAKAHDAILY 27/10/2019 

IMG 20191027 WA0019

- Advertisement -