Pesakit hati terima bantuan menerusi Skuad Prihatin

- Advertisement -

KUALA KRAU: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia telah menyampaikan sumbangan kepada seorang penghidap penyakit hati kronik, semalam.

- Advertisement -

Serahan melalui Naib Ketua Muslimat PAS Malaysia, Salamiah Mohd Nor kepada Nur Syafiqa Damia Romizan ini dibuat selepas sebulan tabung khas kutipan dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan.

Sumbangan tersebut disampaikan ketika kunjungan ziarah bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Pahang, Dalmah Ismail di kediaman keluarga Syafiqa di Jengka, di sini.

Sempena lawatan itu juga Skuad Prihatin telah berkesempatan menyerahkan barangan dapur bersama wang tunai hasil kutipan orang ramai yang turut bersimpati dengan tahap kesihatan kritikal dihadapinya.

Nur Syafiqah turut dilihat semakin bertambah baik dan ceria selepas pembedahan dilakukan, namun masih terhad untuk melakukan aktiviti berat. – HARAKAHDAILY 26/10/2019

- Advertisement -