Ketua PAS Ayer Kuning Tapah kembali kerahmatullah

- Advertisement -

TAPAH: PAS Kawasan Tapah kehilangan seorang pemimpinnya iaitu Ketua PAS Cawangan Ayer Kuning, Anuar Abu Bakar, 54 yang telah kembali ke rahmatullah dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Sepanjang hayat, beliau yang dikenali sebagai pimpinan Cawangan yang komited dan amanah dengan tugasnya, dikatakan mengalami keadaan tersebut kesan beberapa penyakit dialaminya selama ini.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan dibawa ke Hospital Kampar pada kira-kira jam 12:00 tengahari tersebut telah meninggalkan seorang balu dan anak.

Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tapah, Khirul Idris Ismail berkata, Almarhum Anuar merupakan seorang Ketua Cawangan yang istiqamah dalam menjalankan tugasnya sejak tahun 2014 lagi.

Sementara Setiausaha Lajnah Tarbiyah PAS Tapah, Dzulbahrain Jalun menyifatkan almarhum seorang yang positif dan proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa kenal rasa putus asa.

Jenazah almarhum telah disolatkan di Surau Sungai Kroh dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kroh selepas solat Asar. – HARAKAHDAILY 26/10/2019

IMG 20191026 WA0009 

IMG 20191026 WA0010

- Advertisement -