Skuad Prihatin hulur bantuan mangsa ribut di Kedah

- Advertisement -

JERLUN: Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Malaysia telah menghulurkan sumbangan buat mangsa ribut di beberapa perkampungan dalam negeri ini, kelmarin.

- Advertisement -

Ianya bertujuan meringankan beban penduduk berikutan kemusnahan dan kerosakan yang menimpa rumah kediaman mereka di mana telah menyebabkan kerugian besar dihadapi.

Serahan telah disampaikan menerusi Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Ustazah Fatimah Wan Teh yang hadir bersama isteri Adun Ayer Hitam, Salmah Saad menziarahi menemui para mangsa.

Sumbangan daripada Skuad Prihatin ini berupa barangan keperluan harian dan juga wang tunai yang disampaikan menerusi wakil mangsa ribut, Nur Sheriwati Wahab.

Dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda baru-baru ini telah menimpa kediaman penduduk antaranya di Pida 4 Kampung Daleh, Kampung Deli, Kampung Permatang Keriang.

Kebanyakan penempatan penduduk yang turut ditimpa kejadian sama adalah dalam Daerah Kubang Pasu. – HARAKAHDAILY 25/10/2019

- Advertisement -