Krisis Somalia-Somaliland dan rancangan Barat

- Advertisement -

NEGARA-negara yang ‘dimiskinkan’

- Advertisement -

Apabila kita meneliti geografi negara-negara Umatua-dua kawasan tersebut, dan bergabung membentuk Republik Somalia.

Walaupun telah ‘dianggap’ bergabung namun wujudnya ‘tangan ghaib’ untuk meniupkan ketidakpuasan hati. Kawasan tengah hingga Utara atau dipanggil kumpulan Somaliland, merasa tidak puas hati terhadap ketetapan pemerintah yang berpusat di Selatan Somalia. Somalia secara keseluruhannya dipotretkan sebagai terlalu banyak memberi kepentingan Selatan dan Timur Somalia berbanding kawasan tengah dah Utara.

Hasil usaha tangan ghaib ini, pada 1981 Hasan Adan Wadadi menubuhkan Somali National Movement (SNM) di London, bertujuan melancarkan pemberontakan terhadap pemerintahan Siadd Barre yang dianggap sebagai diktator. SNM banyak didalangi oleh orang-orang Arab-Somalia yang berada di luar Somalia, antaranya di Arab Saudi dan UK. Sejak kemunculan SNM hinggalah kejatuhannya menyaksikan perang saudara yang dahsyat selama 10 tahun.

Pengunduran Siadd Barre dan campur tangan PBB 

SNM menerima ‘dana-dana luar’ beroperasi  untuk menjatuhkan Siadd Barre. Kemuncak pertembungan antara 1987-1990 menyaksikan SNM mendapat ‘saham’ daripada beberapa kumpulan iaitu Somali Salvation Democratic Front (SSDF) yang ada sejak 1978 Somali Patriotic Movement (SPM) yang diaktifkan pada 1989 dan United Somali Congress (USC) yang ditubuhkan pada 1987. Matlamat yang satu iaitu menjatuhkan Siadd Barre

Pada 1990 Siadd Barre melarikan diri, dan terbinalah kerajaan baru pada Januari 1991 yang diisytiharkan oleh USC. Pada Mei tahun yang sama USC mengumumkan negara baru yang merdeka, Republik Somaliland. Namun pengumuman ini ditentang oleh rakannya SPM dengan alasan Republik Somaliland adalah bentuk perpecahan Somalia. SNM pula mengambil pendekatan ‘tidak mahu dikenali’.

Pada 1991, Somalia dilihat sebagai negara yang berpotensi untuk penghasilan minyak dan gas, di samping itu, Somalia berada di lokasi strategik di Tanduk Afrika. Maka, tidak pelik pada 1992 PBB yang diketuai oleh Amerika mula campur tangan dan berlakunya pertembungan yang sengit dengan USC. PBB bertempur di Somalia tak lama, pada 1995 mereka pulang. Dari segi angka kematian USC jauh lebih besar berbanding PBB.

Sejak daripada penarikan PBB daripada Somaliland, terbentuknya Putland pada Julai 1998. Trend dunia pada 2001 adalah tempoh Amerika memerangi pengganas. Somalilad atau Somalia tidak terlepas daripada agenda itu. Amerika melihat bahawa Somaliland atau Somalia merupakan tempat yang sesuai untuk menternak ‘tentera-tentera’  pengganas atas nama Islam. Peperangan dicetuskan atas nama mazhab seperti Wahhabi, Jihadis dan sebagainya.

Tempat menyuburkan keganasan dan penglibatan CIA

Di pertengahan kurun ke-21, mula subur pertembungan mazhab. Contohnya kemunculan Alliance for the Restoration of Peace and Counter-Terrorism (ARPCT) yang mendapat tajaan USD100k hingga USD150k sebulan daripada CIA. Dalam masa yang sama wujudnya geng Ahlu Sunna Waljama’a (ASWJ) yang ditubuhkan untuk memerangi Wahhabi.

ARPCT dan ASWJ dilihat berapa dalam satu aliran iaitu menentang haluan kiri seperti Islamic Courts Union (ICU), Oromo Liberation Front (OLF), Alliance for the Re-liberation of Somalia, Al-Shabaab, Ras Kamboni Brigades, Jabhatul Islamiya dan Muaskar Anole. Masing-masing ditubuhkan sekitar 2005-2007. Masing masing seolah-olah berebut-rebut untuk menjadi jaguh dalam persaingan ini.

Era 2009 hingga ke hari ini pergolakan semakin sengit dan rumit. Antaranya Al Qaeda dan ISIS yang dikenali sebagai tajaan Amerika. Somalia, Somaliland, Eritrea, Djibouti dan Putland merupakan tempat yang mendapat perhatian kuasa-kuasa dunia kerana lokasinya strategik di Tanduk Afrika dan potensi minyak. Antara kuasa luar yang terlibat seperti UAE, Turki, China, Arab Saudi, Perancis dan lain-lain.

Di sini kita boleh lihat bagaimana plan Oded Yinon dilaksanalan. Apatah lagi Pasca 11 September 2001, turut menyumbang kepada konflik yang agak rumit. Plan Oded Yinon lebih kepada melaga-lagakan sesama Umat Islam atau lebih dikenali Perang Saudara. Peranan CIA dalam pendanaan juga perlu diberi perhatian menjadi bukti penglibatan ‘tangan ghaib’ dalam mencaturkan konflik di kawasan Tanduk Afrika.

Tanduk Afrika yang menjadi rebutan 

Tanduk Afrika secara umumnya terletak di kawasan panas yang meliputi Somalia, Eritrea, Ethiopia, Djibouti, Kenya, Uganda, Sudan dan Sudan Selatan dan ia berkait rapat dengan Yaman. Kawasan ini adalah laluan bekalan minyak mentah dari Teluk Parsi ke Eropah melintasi Laut Merah dan seterusnya Terusan Suez. UAE dilihat negara terawal yang mula berusaha untuk menguasai laluan itu dengan mengadakan perjanjian untuk membina pangkalan tentera di Eritrea pada 2015.

Pada tahun yang sama Turki telah membina pangkalan tenteranya di Qatar. Manakala pada 2017 Turki membina pangkalan tentera di Somalia, dan UAE di Somaliland. Hari ini kita boleh lihat bagaimana kawasan tersebut sedang sesak dengan pangkalan-pangkalan tentera luar seperti Amerika Syarikat, Perancis, China, dan Arab Saudi yang mempunyai pangkalan di Djibouti. Dari satu sudut, wujudnya persaingan antara Turki-Qatar dan UAE-Saudi.

2018 mempersembahkan bagaimana krisis di Somalia masih berterusan. Beberapa siri serangan khususnya kumpulan al Shabaab yang melibatkan korban nyawa manusia tidak berdosa. Krisis antara Somaliland dan Puntland di kawasan sempadan Sool yang menjadi rebutan membawa kepada pertempuran bersenjata. Pada Januari 2018 krisis yang melibatkan sebanyak 12500 orang awam.

Menurut kajian, antara Januari hingga Ogos 2018 menyaksikan lebih 204,000 orang telah dihalau dari penempatan mereka. Dalam tahun sama wujudnya krisis antara Somalia dan Kenya, dan ia berterusan hingga ke saat ini. Pergolakan demi pergolakan memperlihatkan kepada kita bahawa negara-negara di Tanduk Afrika menjadi mangsa rebutan banyak pihak, kerana potensi minyak dan laluan yang strategik. Di samping agenda untuk Israel Raya yang sedikit sebanyak mencatur agenda untuk menguasai Tanduk Afrika.

Somalia mangsa Plan Oded Yinon

Israel Raya merupakan projek yang dikenali dengan Pax Judaica. Amerika bertindak sebagai kuasa besar yang mengepalai projek ini. Pada 1982 Oded Yinon telah menulis mengenai persempadanan mazhab di negara-negara Islam khususnya. Beliau memperkenalkan satu plan projek untuk terus menerus menyuburkan persengketaan sesama umat Islam. Plan projeknya dinamakan sebagai Yinon Plan.

Antara plannya, Oded Yinon menyeru ke arah mengerat Iraq, pembebasan Lubnan, Mesir, dan Syria, pemisahan Iran, Turki, Somalia, dan Pakistan. Pelan Yinon juga menyeru pembubaran Mesir, Sudan, Libya, dan seluruh wilayahnya. Ternyata Somalia merupakan salah satu tempat untuk cetuskan perselisihan mazhab. Tidak hairan era pertengahan 20 menyaksikan pertembungan Ahlu Sunna Waljama’a (ASWJ) menentang Al Shabaab atas nama wahhabi.

Tulisan Oded Yinon yang bertajuk ‘Israel Should Exploit Internal Tensions of Arab States’ dalam Bahasa Ibrani menolak gagasan bahwa Israel harus melaksanakan Perjanjian Camp David dan mencari perdamaian. Sebaliknya, Yinon menggesa supaya Negara-negara Arab mesti diranapkan dari dalam dengan memanfaatkan ketegangan mazhab dan isu sektetarian agama.

Dalam satu temubual pada Mac 2017, Bekas General Tentera US, Wesley Clark menceritakan bagaimana mereka merancang untuk ‘mengambil’ 7 negara dalam tempoh 5 tahun, bermula dengan Iraq, kemudian Syria, Lubnan, Libya, Somalia, Sudan dan akhir sekali Iran. Walaupun ada penglibatan PBB di Somalia dan namun namun masih bergolak hari ini dengan penglibatan Amerika.- HARAKAHDAILY 25/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 

- Advertisement -