Umno, MCA bertikai bagi pada PAS

- Advertisement -

SIAPA jadi calon PRK Tanjung Piai yang mewakili BN dari Umno dan MCA? Jika kedua-duanya terus bertikai serah saja pada PAS yang sekarang sudah jadi regu terdekat BN dan PAS bertanding di situ dalam PRU14 lalu.

- Advertisement -

Tetapi pertikaian calon itu tidak sampai ke situ. Ia akan selesai sebelum penamaan calon.

Pengundi teramai masih Melayu sekali tidak jadi majoriti yang jelas, tetapi pengundi Cina yang jadi penentu belum pasti beralih dari sekutu DAP seperti PRU14 dulu kerana Cina berwawas ia ada masa depan politik di Malaysia.

Satu-satunya yang berupaya bangkit mencabar PH yang didalangi DAP ialah Umno yang kini mendapat sokongan penuh dari PAS. PASlah tali hayat Umno/BN selepas jatuh pada PRU14.

Adapun MCA ada jika ada Umno. Jika tidak berupaya bangkit, tempat MCA adalah di muzium.

Umno di bawah Piagam Muafakat Nasional sudah beroleh tenaga baru maka ujiannya adalah di Tanjung Piai. Tetapi MCA menuntut kerana menyangka Tanjung Piai adalah haknya sejak sekian lama. Biasanya MCAlah yang bertanding di situ.

Kerana ia diberi di situ maka ia terasa bahawa ia sudah jadi haknya. Samalah seperti lain-lain kerusi bermajoriti Melayu yang diberi kepada MIC dan MCA selama ini menyangka ia sudah jadi haknya, tidak mungkin dilepaskan.

Jika orang Melayu berkeras mengatakan Tanah Melayu ketuanannya kerana sejarah sejak ia ada di dunia dan berajakan Melayu pula, maka MCA dan MIC mengira kawasan yang Umno beri dulu sudah jadi miliknya macam hak Melayu atas Tanah Melayu.

VT Sambanthan ditandingkan di Sungai Siput tahun 1955 hingalah digantikan dengan Samy Vellu bukanlah India majoriti di situ. Cina lebih daripadanya. Umno di zaman Tunku dulu mengira adil diletakkan calon MIC justeru sama-sama Perikatan. Kalau kawasan Melayu tidak diberi kepada MIC, di mana India ada majoriti. TIdaklah adil bagi Perikatan menafikan calon MIC.

Demikianlah Sungai Siput dan beberapa kawasan yang diberi kepada MIC seperti Cameron Highlands dianggap hak mutlaknya.

Tanjung Piai juga demikian. Tidak adil jika di Johor kuota MCA tidak penuh. Bila sekali Umno pinjam kawasan iu kepada MCA dan MIC, ia kira kepunyaannya selama-lamanya.

Adakah hak MCA di Tanjung Piai dan hak MIC di Sungai Siput? Hak adilnya ialah menjadi calon BN dalam pilihan raya. Tempat bertanding itu bukan hak turun temurun. Muafakat Perikatan/BN menentukan di mana MCA dan MIC bertanding.

Dato’ Seri Najib menggantikan Tun Razak di Pekan bukan kerana kawasan hak keluarganya. Ia ditentukan oleh muafakat politik BN.

Kelemahan dan terlepas pandang pemimpin BN dulu mengekal MIC di tempat yang ditandingi, tidak menyerahkan kepada calon parti lain bila calon menunggu ditamatkan, maka masing-masing terasa ia jadi miliknya.

Dun di tempat saya di Perak hanya ditandingi Umno tahun 1955. Lepas itu jatuh pada MIC. Umno di situ minta supaya ia diberi peluang. Semasa Dr. Mahathir jadi penguasa Umno di Perak dia jumpa Umno yang membantah itu.

Katanya kepada mereka, tiada yang setuju calon MIC, tapi adilkah MIC tidak dicalonkan? Semua kata, MIC patut bertanding. Yang kurang patut menafikan peluang Umno di kawasan Melayu majoriti. Yang adilnya digilirkan sekali MIC/MCA sekali Umno.

Bila tiap-tiap kali MCA, ia terasa tempat itu kepunyaannya seperti Melayu mengira negeri ini ia yang punya. – HARAKAHDAILY 24/10/2019

- Advertisement -