Sesi sekolah 2020: SRITI terus jadi pilihan

- Advertisement -

TAMBUN: SRITI Al-Istiqamah telah melaksanakan Hari Terbuka 2019 bagi pendaftaran ambilan tahun 2020 di premis ini di Meru Raya, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Program bermula jam 2 petang turut disertai oleh ibu bapa murid-murid darjah 1 sedia ada disamping warga baru hadir menyempurnakan pendaftaran kemasukan darjah 1 dan darjah 2.

Sesi ujian kemasukan khususnya bagi mengenalpasti tahap asas 3M turut dijalankan sebagai persiapan pelaksanaan rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap penguasaan murid-murid.

Timbalan Pengarah SRITI Negeri Perak, Ustaz Azuan Ali Aziz telah menyampaikan taklimat khususnya berkaitan silibus dan perjalanan sekolah serta berdialog bersama para ibu bapa yang hadir.

Terdahulu Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri dalam ucapannya menegaskan bahawa keutamaan dalam menghadapi cabaran mendatang, mestilah mempersiap anak-anak dengan pendidikan yang terbaik.

“Hari ini SRITI terus berkembang pesat dan bertambah setiap tahun membentuk rangkaian yang besar di seluruh negara. Mudahlah untuk kita semua jika terpaksa berpindah malah sampai ke Sabah pun kita boleh temui SRITI,” kata beliau lagi yang juga Exco Pemuda PAS Pusat.

Sementara itu, Pengerusi SRITI Al-Istiqamah, Ustaz Fariq Izwan Md Bahrin menyeru agar semua pihak, khususnya para ibu bapa untuk terus memberi sokongan dan dokongan kepada usaha pihak SRITI dalam menyediakan sistem pendidikan terbaik berteraskan Islam.

Pihak SRITI Al-Istiqamah sangat mengalu-alukan para dermawan untuk bersama membantu melancarkan operasi persekolahan dan persediaan ruang kelas tambahan bagi tahun 2020.

Sumbangan tersebut bolehlah disalurkan ke akaun Bank Rakyat 110441005292 atas nama SRITI Al-Istiqamah Resources. – HARAKAHDAILY 24/10/2019

IMG 20191024 WA0022

IMG 20191024 WA0023

- Advertisement -