PAS Pmtg Pauh lapor polis komik propaganda DAP

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: PAS Kawasan Permatang Pauh telah membuat laporan polis berhubung pengedaran komik propaganda DAP yang kandungannya menyanjung idealogi Komunis, Bintang 3 dan Ko Min Tang.

- Advertisement -

Laporan tersebut telah dipimpin Ketua Penerangan PAS Permatang Pauh, Jamsari Samad dengan diiringi pimpinan dan ahli PAS di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, di sini kelmarin.

Menurut Jamsari di dalam laporan tersebut, komik diedarkan itu mengandungi elemen-elemen yang tidak sesuai di mana antaranya bersifat menghasut dan bercanggah dengan perundangan negara.

Antaranya ujar beliau, cubaan mengeliru dan menafikan sejarah asal Tanah Melayu dan hak orang Melayu, selain menggambarkan orang Melayu bodoh dan pengecut dalam kemerdekaan Tanah Melayu.

Sehubungan itu, Jamsari menggesa siasatan menyeluruh terhadap kandungan komik tersebut diadakan terhadap individu yang terlibat dalam penerbitan berkenaan dan membendung sebarannya. – HARAKAHDAILY 23/10/2019

- Advertisement -