PAS Bentong hulur bantuan mangsa banjir kilat

- Advertisement -

BENTONG: Hujan lebat berterusan dan sistem perparitan kurang sempurna dipercayai menjadi punca banjir kilat hingga mengakibatkan tiga rumah sewa rosak teruk di Kampung Kuala Repas, di sini.

- Advertisement -

Malah, kejadian sekitar jam 8 malam itu menyebabkan mangsa tiada pilihan selain terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di surau kampung berkenaan, malam kelmarin dahulu.

Mangsa-mangsa telah mendapat bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, selain pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Bentong untuk ditempatkan di situ.

Yang DiPertua PAS Kawasan Bentong, Khairudin Abdullah dan Ketua Muslimat PAS Bentong, Roslin Jidinberkesempatan turun ke tempat kejadian menyantuni mangsa-mangsa banjir terlibat awal pagi tersebut.

“Kita mengharapkan tindakan sewajarnya dapat diambil oleh pihak berkuasa tempatan bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

“Kami di pihak PAS Bentong, berusaha memberi sumbangan apa termampu. Semoga mereka tabah dan bersabar berdepan ujian Allah ini,” menurut Khairudin usai menyampaikan sumbangan ikhlas daripada PAS Bentong kepada mangsa-mangsa terlibat

Banyak harta benda musnah antaranya komputer riba, mesin pencetak, perkakas elektrik dan kain baju dengan dianggarkan kerugian bernilai ribuan ringgit.

PPS di Surau Kampung Kuala Repas bagaimanapum telah ditutup jam 7 pagi keesokannya selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing setelah air surut sepenuhnya. – HARAKAHDAILY 23/10/2019 

IMG 20191023 WA0031

- Advertisement -