5 blok cari gali minyak di perairan Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Biarpun ada pihak cuba mempertikaikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, namun tanpa sedar terdapat 5 blok penggerudian minyak dan gas di perairan negeri itu.

- Advertisement -

Presiden Pertubuhan R Kelantan Nazri Deraman berkata, blok terbabit iaitu Blok JDA, Blok PM3/CAA, Blok PM301, Blok PM302 dan Blok PM302.

Katanya, Blok JDA merupakan kawasan pembangunan bersama Malaysia dan Thailand yang diwujudkan melalui perjanjian 21 Februari 1979 di mana pengeluaran bermula pada 2005.

Kata beliau anggaran pengeluaran gas 790 mmscfd (284 trillion kaki padu setahun).

“Anggaran pengeluaran minyak dan gas 60,000 tong sehari bersamaan USD1.149 bilion (RM4.94 billion).

“Dan royalti 5 peratus yang diterima oleh Malaysia hendaklah dikongsi sama rata antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan iaitu 2.5 peratus bagi setiap pihak.

“Royalti 5 peratus milik Kelantan dianggarkan RM124 juta setahun,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 23/10/2019

(Ikuti maklumat lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)

- Advertisement -