Ust Nasha: 30 tuduhan lain juga tanpa PAS

- Advertisement -

MENELITI 30 pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Dr Nasharudin Mat Isa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan maka dapatlah dirumuskan bahawa semua 30 pertuduhan ini juga adalah melibatkan perlakuan peribadi beliau yang tidak melibatkan PAS.

- Advertisement -

Bayaran gaji

Majoriti daripada pertuduhan ini, iaitu 16, adalah membabitkan bayaran gaji kepada beliau sebagai Pengerusi Yayasan Nassar iaitu:

Pertuduhan 2: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Februari 2015 pada 18 Februari 2015.

Pertuduhan 3: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Februari 2015 pada 18 Februari 2015.

Pertuduhan 4: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Mac 2015 pada 23 Mac 2015.

Pertuduhan 7: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan April 2015 pada 22 April 2015.

Pertuduhan 8: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Mei 2015 pada 22 Mei 2015.

Pertuduhan 9: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai pembayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Jun 2015 pada 23 Jun 2015.

Pertuduhan 10: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Julai 2015 pada 24 Julai 2015.

Pertuduhan 11: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Ogos 2015 pada 21 Ogos 2015.

Pertuduhan 13: Menerima sejumlah RM21,0273.80 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan September 2015 pada 18 September 2015.

Pertuduhan 14: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Oktober 2015 pada 22 Oktober 2015.

Pertuduhan 15: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan November 2015 pada 20 November 2015.

Pertuduhan 16: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Disember 2015 pada 11 Disember 2015.

Pertuduhan 18: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Ogos 2016 pada 10 Ogos 2016.

Pertuduhan 20: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan September 2016 pada 13 September 2016.

Pertuduhan 22: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Oktober 2016 pada 12 Oktober 2016.

Pertuduhan 23: Menerima sejumlah RM20,000.00 sebagai bayaran gaji Pengerusi Yayasan Nassar bagi bulan Disember 2016 pada 15 Disember 2016.

Pembelian rumah kedai 

6 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan 6 pembayaran sebagai pembelian satu lot rumah kedai (yang sama) iaitu:

Pertuduhan 1: Pembelian rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, berjumlah RM30,000.00 pada 8 Januari 2015.

Pertuduhan 5: Pembelian satu lot rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, berjumlah RM50,014.00 pada 30 Mac 2015.

Pertuduhan 6: Pembelian satu lot rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, 000672 berjumlah RM239,820.00 pada 20 April 2015.

Pertuduhan 12: Pembelian satu lot rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, berjumlah RM89,940.00 pada 18 September 2015.

Pertuduhan 17: Pembelian satu lot rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, berjumlah RM89,940.00 pada 16 Disember 2015.

Pertuduhan 21: Pembelian satu lot rumah kedai beralamat di No. 19, Jln Puteri 2A Bandar Puteri Bangi, berjumlah RM89,940.00 pada 22 September 2016.

Memberi Research Grant 

3 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan 3 pemberian Research Grant Global Movement Moderation Foundation  iaitu:

Pertuduhan 28: Memberi, dalam kapasiti Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement Moderation Foundation, kepada syarikat Wasatiyah Centre for Peace Sdn. Bhd. bagi tujuan PV02/07/18 Research Grant  berjumlah RM1,000,000.00 pada 30 Julai 2018.

Pertuduhan 29: Memberi, dalam kapasiti Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement Moderation Foundation, kepada syarikat Wasatiyah Centre for Peace Sdn. Bhd. bagi tujuan CMS-DR PYMT MARS Research Grant PV 004-08-18 berjumlah RM1,000,000.00 pada 1 Ogos 2018.

Pertuduhan 30: Memberi, dalam kapasiti Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement Moderation Foundation, kepada syarikat Wasatiyah Centre for Peace Sdn. Bhd. bagi tujuan CMS-DR PYMT MARS Research Grant PV 004-08-18 berjumlah RM600,000.00 pada 8 Ogos 2018.

Bayaran perkhidmatan katering 

1 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan bayaran perkhidmatan katering iaitu:

Pertuduhan 19: Membuat pembayaran berjumlah RM51,000.00 sebagai bayaran perkhidmatan katering majlis perkahwinan anak lelaki (beliau) pada 22 Ogos 2016.

Pembelian saham syarikat

1 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan pembelian saham syarikat iaitu:

Pertuduhan 24: Membuat pembayaran sebagai pembelian saham syarikat Hajj Finance Company Limited sebanyak 25,000 unit berjumlah RM30,000.00 pada 13 Januari 2017.

Bayaran yuran pengajian 

1 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan bayaran yuran pengajian iaitu:

Pertuduhan 25: Membayar kepada KDU Universiti College Sdn. Bhd berjumlah RM25,756.00 sebagai bayaran yuran pengajian anak lelaki (beliau) pada 1 Februari 2018.

Bayaran kepada anak

1 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan bayaran kepada anak iaitu:

Pertuduhan 26: Membayar sejumlah RM34,000.00 kepada anak perempuan (beliau) pada 1 Mac 2018.

Penunaian cek

1 daripada pertuduhan ini pula adalah membabitkan penunaian cek iaitu:

Pertuduhan 27: Menunaikan cek berjumlah RM100,000.00 dan memasukkan sejumlah RM26,000.00 ke dalam akaun peribadi milik (beliau) pada 9 September 2015.

Fakta-fakta ini juga sudah pasti akan melegakan ahli, pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini dilanda kebimbangan bahawa ia akan memalitkan nama PAS.

Lebih jelas lagi, pertuduhan ini langsung tiada kaitan dengan dakwaan penerimaan dana berjumlah RM90 juta kepada pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan berlaku membabitkan dana 1MDB sebelum PRU14.

Semoga ini akan lebih menjernihkan keadaan. – HARAKAHDAILY 22/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -