Tiada caruman Perkeso gagal dapat pencen penakat

ziarah
- Advertisement -

TUMPAT: Setiap pekerja perlu memastikan majikan masing-masing mencarum dengan Perkeso sepanjang tempoh mereka bekerja.

- Advertisement -

Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata, caruman itu amat penting dalam menentukan kelayakan caruman untuk memohon tuntutan pencen ilat.

Katanya kegagalan mencarum membuatkan pekerja gagal mendapat pencen penakat.

“Pencen penakat dibayar kepada orang di bawah tanggungan yang layak termasuk isteri dan anak-anak apabila orang berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika mengunjungi keluarga Mat Nasir Mat Salleh, 41 di Kampung Tujoh semalam.

Mat Nasir cedera parah di kepala sehingga koma akibat kemalangan jalan raya. Berikutan itu beliau dirawat selama dua bulan di unit rawatan rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Turut hadir Penghulu Mukim Kampung Tujoh, Roshdi Ramli. – HARAKAHDAILY 22/10/2019

- Advertisement -