Kelompok terbesar OKU selepas alam persekolahan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir mendakwa Belanjawan 2020 yang dibentangkan kerajaan PH sekali lagi mengenepikan golongan orang kurang upaya (OKU).

- Advertisement -

Beliau berkata demikian merujuk kepada peruntukan RM23 juta yang disediakan untuk kemudahan mesra OKU hanya tertumpu di kawasan sekolah, sedangkan pecahan terbesar golongan OKU adalah dalam purata 19 hingga 16 tahun, iaitu mereka yang melepasi alam persekolahan.

“Di mana bantuan serta keperihatinan kerajaan bagi golongan OKU dari kelompok ini?” soal beliau ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, menurut beliau, lebih malang lagi, beliau mendapati golongan istimewa ini yang beragama Islam sukar mendapat didikan agama sedangkan jumlah mereka agak besar secara keseluruhannya.

Belanjawan 2020 memperuntukkan RM20 juta untuk lima Pusat Latihan Berdikari (ILC) baharu, program latihan bagi Sindrom Down Syndrome dan TASKA orang kurang upaya (OKU).

Selain itu, golongan ini juga layak menerima Bantuan Sara Hidup berjumlah RM300 dan secara automatik menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma. – HARAKAHDAILY 23/10/2019

- Advertisement -