‘Debt Trap’ dan jaguh-jaguh Kapitalis

KAPITALIS, monopoli dan Debt Trap

Dalam artikel sebelum ini [1] saya ada kaitkan BRI yang digagaskan oleh China sejak 2013 dengan Debt Trap (perangkap hutang) berdasarkan kajian-kajian antarabangsa. Di dalam artikel ini insya Allah kita berkongsi tentang Debt Trap sepanjang zaman dan jaguh-jaguhnya untuk dinilai dari sudut penguasaan sistem kapitalis yang menjerut leher rakyat marhaen. Perbahasan tentang kapitalis juga ada saya huraikan sebelum ini supaya boleh dijadikan rujukan [2] [3] [4].

Kapitalis secara umumnya menggunakan konsep ‘orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin’ dan konsep ‘membela golongan korporat 1 peratus’. Orang kaya atau korporat yang ingin mengekalkan kekayaannya selain daripada monopoli, ialah dengan hutang. Monopoli dikenali dengan dua jenis, sama ada dengan maksud الاحتكار iaitu monopoli barang, atau monopoli tanah الحمى. Kedua-dua ini diharamkan di dalam Islam kerana menindas golongan bawahan.

Satu lagi kaedah kapitalism ialah Debt Trap فخ الديون iaitu menjadikan hutang sebagai perangkap untuk kepentingan orang kaya, ahli politik atau sebagainya. Konsep hutang diharuskan dalam Islam, yang dibahaskan dalam قرض الحسن dan bertentangan dengan sistem kapitalis yang diselit unsur riba di dalam hutang tadi. Bahkan konsep hutang + riba ini diamalkan sejak sekian lama oleh bank-bank besar dunia:

Advertisement



مَّن ذَا ٱلَّذِی یُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنࣰا فَیُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥۤ أَضۡعَافࣰا كَثِیرَةࣰۚ وَٱللَّهُ یَقۡبِضُ وَیَبۡصُۜطُ وَإِلَیۡهِ تُرۡجَعُونَ

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

(al-Baqarah: 245)

Debt Trap sebelum kedatangan Nabi S.A.W

Konsep kapitalis dengan cara الحمى pernah diamalkan sebelum kedatangan Baginda S.A.W ke Madinah. Syeikh Sofiurrahman al Mubarakfuri menceritakan di dalam ar Rahiq al Makhtum bahawa orang-orang Yahudi asalnya adalah pelarian, masuk ke Madinah (Yathrib) dalam keadaan sebatang kara. Mereka membuka pasar-pasar mereka untuk saling menguatkan ekonomi sendiri. Setelah memiliki ‘modal’ yang agak kukuh, mereka mula membuka peluang kepada orang-orang tempatan Yathrib untuk membuat pinjaman.

Konsep pinjaman (loan) yang diamalkan ialah berasaskan riba yang dikenali sebagai bunga atau ‘interest’. Orang Yathrib yang terpegun dengan tawaran pinjaman cash yang tinggi nilainya, mula berpusu-pusu membuat pinjaman dengan orang-orang Yahudi Kapitalis tadi. Riba yang disediakan menanti mangsa. Apabila di saat nak membayar hutang, perlu dibayar lebih. Maka, tempoh pembayaran hutang jadi ‘drag’ disebabkan interestnya bertambah.

Apabila bertambah masa untuk membayarnya, bertambahlah nilai yang perlu dibayar. Lama kelamaan, duit pinjaman yang sikit jadi ‘beranak’ dan semakin banyak. Orang Yathrib yang terikat dengan hutang mula jatuh ke dalam perangkap Yahudi. Lantas apabila hutang + riba sudah mencecah tahap ‘gaban’, orang Yahudi tadi akan datang kepada peminjam tersebut dan membuat tawaran.

Antara tawaran yang ditawarkan kepada orang Yathrib untuk langsaikan hutang mereka ialah menggantikannya dengan tanah yang dimiliki oleh peminjam itu. Kaedahnya ialah, berikan tanah, hutang pun langsai. Terma ini membuatkan tanah-tanah orang Yathrib mula tergadai kepada orang Yahudi. Asalnya mereka itu pelarian, akhirnya sudah memiliki tanah dengan cara mudah. Hanya bermodalkan sedikit duit untuk diberi pinjaman, dan diberanakkan dengan riba.

Pengharaman riba dalam Islam

Ketika Nabi Muhammad S.A.W di Makkah, turunnya ayat al-Quran menceritakan dasar-dasar Islam, antaranya mencela riba. Ketika itu belum lagi disyariatkan zakat. Allah S.W.T berfirman;


وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ رِبًا لِيَرْبُوَ فِي أَمْوَالِ النَّاسِ فَلَا يَرْبُو عِنْدَ اللَّهِ وَمَا آتَيْتُمْ مِنْ زَكَاةٍ تُرِيدُونَ وَجْهَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُضْعِفُونَ

“Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”

(ar-Rum: 39)


Tak lama selepas penurunan ayat ini, Allah S.W.T menceritakan pula di dalam Surah An-Nisa 160-161 bahawa riba ini pernah diharamkan oleh Allah S.W.T bagi Bani Israel. Seterusnya Allah S.W.T menurunkan wahyu pengharaman riba:



یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَأۡكُلُوا۟ ٱلرِّبَوٰۤا۟ أَضۡعَـٰفࣰا مُّضَـٰعَفَةࣰۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”

(Ali Imran: 130)


Setelah itu Allah S.W.T menurunkan lagi ayat-ayat kutukan terhadap sistem riba, Surah al-Baqarah ayat 275-279. Apabila sistem riba yang diamalkan oleh orang Yahudi di Madinah (Yathrib) diharamkan oleh Allah, menjadikan monopoli mereka mula tergugat. Apatah lagi Nabi S.A.W mengharamkan monopoli barang atau tanah, menggalakkan pemugaran tanah  dan memperkenalkan sistem zakat serta sistem jual beli yang lebih memelihara hak-hak orang bawahan. Ekonomi Madinah dapat dijana dengan baik.

Kemunculan keluarga Rostchild

Setelah banyak tanah tergadai di Yathrib hasil angkara orang Yahudi, Nabi Muhammad S.A.W datang ke Madinah dan mengharamkan riba. Usaha Yahudi menjelmakan sistem kapitalis terhalang dengan Undang-undang Islam. Namun hal ini kembali diteruskan setelah mana mereka mula bangkit pasca Reainassance hinggalah era ke-19. Antaranya kita boleh lihat bagaimana kemunculan Rostchild dan Rockeffelers.

Kemunculan kedua dua geng ini membawa dunia ke kancah kapitalis dengan penuh strategi. Antara yang menjadi inti kepada sistem ekonomi mereka ialah berbisnes dengan hutang. Rostchild contohnya, bermula dengan perniagaan barangan antik kemudian mewarisi kekayaan mertuanya. Kekayaan ini dikembangkan dengan mewujudkan ‘bank’ yang bersedia memberi pinjaman kepada sesiapa dengan kaedah riba.

Bermula daripada kecil-kecilan akhirnya membesar sehingga kerajaan turut meminjam duit daripadanya. Hasil untung riba daripada peminjam-peminjam kecil dikembangkan sehingga berjaya memiliki aset aset yang luar biasa. Keuntungan pinjaman kerajaan pastinya lebih besar berbanding pinjaman oleh rakyat biasa. Seterusnya pada era 1800 anak-anaknya meneruskan ‘perjuangan’ ayahnya dengan membuka cawangan-cawangan bank yang lebih besar.

Dengan menggunakan sistem kapitalis, mereka beroleh keuntungan berlipat kali ganda. Bimbangkan hartanya berkurangan, jadi Mayer Rostchild mewasiatkan supaya anak-anaknya tidak berkahwin dengan ‘orang luar’. Lalu mereka berkahwin sesama saudara mereka. Daripada keluarga inilah terbinanya empayar bank yang besar yang dimonopoli oleh mereka melalui sistem riba.

Khilafah Uthmaniah terjerut dengan hutang

Persaingan Barat dan Islam yang berterusan sejak sekian lama khususnya dilihat dari sudut imperialism, infiltration dan perang ekonomi. Kalau di Tanah Melayu, munculnya Sarekat Islam (Sarekat Dagang Islam) yang bersaing dengan Syarikat Timur Hindi. Kemodenan Barat menyilaukan mata Uthmaniah untuk mengubah dunia Islam ke arah berkiblatkan Barat di era 18-an [5]. Antara kata-kata John Adam (1735-1826) yang masyhur;

“There are two ways to conquer and enslave a nation. One is by the sword. The other is by debt”

“Di sana ada dua cara untuk menguasai dan menghambakan sesebuah negara. Pertama dengan gunakan pedang. Satu lagi dengan hutang”.

Khilafah Uthmaniah mengalami era kemerosotan bermula sekitar 1828 hinggalah kejatuhannya pada 1918-1924. Kebangkitan di Barat seolah-olah ‘memaksa Uthmaniah untuk ‘mengcopy-paste‘ kemodenan Barat, termasuklah sistem perbankan. Idea pembaratan yang dilihat satu kemodenan diimport masuk di era Sultan Abdul Majid (1823-1861) sehingga mempengaruhi anak-anak muda Turki untuk melanjutkan pelajaran ke Barat.

Di Barat, ada yang terpengaruh dengan Kebangkitan Young Italy yang digagaskan oleh Giuseppe Mazzini pada 1931. Kepulangan anak-anak muda Turki membawa idea Barat termasuk sistem ekonomi Barat ke dalam Khilafah Uthmaniah sehingga mewujudkan Perlembagaan Baru Turki 1876 dan Geng Ittihad wat Taraqqi pada 1889 seterusnya Kebangkitan Young Turks pada 1908. Antara yang kita boleh saksikan, pembinaan sebuah istana mewah di Basfour, Turki dengan menggunakan teknologi Barat mula dibina dan sempat dinikmati oleh 4 generasi Uthmaniah kecuali Sultan Abd Hamid II.

Pembinaan istana mewah dengan kos yang tinggi melangit, terpaksa ditanggung melalui pinjaman dengan cara Barat yang mengamalkan riba. Akhirnya pinjaman ini menjerut tengkuk Uthmaniah, apabila ia dijadikan bahan untuk menggulingkan Khalifah 100 tahun kemudian. Pada 1910 agenda Yahudi ke arah menguasai ekonomi dunia dengan mengkomersialkan duit kertas berbanding emas. Semenangnya mereka ingin menguasai dunia khususnya dalam bidang kewangan.

Bank Dunia dan IMF 1944/45

Pada 1944, muncul pula Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. Di sinilah tertubuhnya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), yang juga dikenali sebagai Kumpulan Wang. Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Washington DC, yang mana hari ini terdiri daripada 189 buah negara.

Antara ‘alasan manis’ penubuhannya ialah berusaha untuk memupuk kerjasama kewangan global, menjamin kestabilan kewangan, perdagangan antarabangsa, menggalakkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan kemiskinan. Hasil daripada agenda ini, adalah memerangkap negara-negara dengan sistem kapitalis.

Selain daripada IMF, terdapat juga Bank Dunia yang ditubuhkan seiringan dengannya. Di sinilah kita boleh lihat sistem kapitalis yang berasaskan cukai, monopoli dan riba mula diterapkan secara rasmi di banyak negara. Negara-negara akan ditawarkan dengan bantuan kewangan dalam jumlah yang besar untuk membangun. Apabila duit sudah digunakan, negara tersebut akan kembali mundur kerana terikat dengan hutang yang ada interest.

Jika dilihat dalam realiti hari ini, bukan sahaja IMF atau Bank Dunia mengamalkan sistem Kapitalis, akan tetapi negara-negara lain, seperti China. Mereka mendanai negara lain, kemudian memeras interestnya sehingga negara tersebut terikat dan jatuh miskin. Malaysia juga tidak lari daripada sistem kapitalis ini apabila memberi pinjaman PTPTN kepada para mahasiswa/wi, kemudian setelah mana beroleh kerja, wang mereka akan dikikis.

China dan perangkap hutangnya

Antara negara-negara yang terlibat dalam memasang perangkap hutang ialah China. Sejak 1978 mereka mengamalkan dasar ‘reform and opening’ disebabkan strategi ‘Infrastructure-based development’. Di dalam buku China’s 40 Years of Reform and Development: 1978–2018 yang diterbitkan oleh Australian National University Press menyatakan  bahawa dasar ‘reform and opening’ tadi dianggap sebagai ‘perangkap hutang’. Ini kerana apabila negara yang berhutang gagal membayar pinjaman mereka, mereka dikatakan dipaksa untuk menyokong kepentingan geo-strategik China

Antara contoh yang dakwaan perangkap hutang oleh China ialah pinjaman yang diberikan kepada Kerajaan Sri Lanka oleh Exim Bank of China untuk membina Pelabuhan Magampura Mahinda Rajapaksa dan juga pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa. Syarikat China Harbour Engineering Company dan Syarikat Sinohydro Corporation telah dibayar untuk membina Pelabuhan Magampura dengan kos sebanyak USD361 juta.

85 peratus daripada pembiayaan tersebut dibiayai oleh Bank Eksport-Import milik China dengan interest tahunan sebanyak 6.3 peratus. Oleh kerana ketidakmampuan Sri Lanka untuk membayar hutang tersebut, pelabuhan itu disewakan kepada Syarikat China Merchants Port Holdings Company Limited dengan pajakan selama 99 tahun. Jelas bahawa China menguasai laluan itu dengan perangkap hutang yang dipasang.

Penguasaan laluan laut tersebut dilihat selaras dengan ‘Agenda BRI’ yang pernah saya ceritakan sebelum ini [6]. Iaitu menguasai laluan darat dan laut yang dirancang sejak 2013. Manakala Debt Trap yang dipasang oleh China di Negara-negara Africa juga tidak boleh dipandang ringan. Boleh lihat dalam gambar, memaparkan jumlah billion perangkap hutang China terhadap benua Afrika dari tahun 2000 hingga 2016.

Malaysia yang perangkap rakyatnya dengan hutang

Debt Trap atau perangkap hutang di Malaysia tak kurang handalnya. Sepertimana yang saya ada lontarkan sedikit di atas tadi, bahawa antara ‘kesengalan’ yang dihadapi oleh mahasiswa/wi di Malaysia hari ini ialah terperangkap dalam perangkap PTPTN. Interest atau faedah yang membunuh potensi graduan dilihat semakin subur. Pada Mei 2019, Timbalan Ketua Eksekutif PTPTN menyiarkan jumlah pemimjam PTPTN seramai 3 juta orang.

Menyediakan pendidikan percuma adalah tanggungjawab kerajaan untuk pembinaan sumber manusia. Apabila kerajaan tidak menyediakan pendidikan percuma, sebaliknya membiarkan yuran melambung tinggi, menyebabkan anak bangsa kita terperangkap dalam hutang. Atau dengan kata lain, seramai 10 peratus rakyat Malaysia terikat dengan hutang PTPTN. Itu belum lagi dikira hutang rumah, hutang kenderaan dan sebagainya.

PAS sekiranya diberi kuasa, akan menghapuskan terus sistem kapitalis ini. Tetapi PH masih lagi ingin meneruskan sistem ini, sekalipun membebankan penyokong fanatik mereka dengan bebanan hutang. Sama juga percukaian kenderaan (termasuk AP dan segala urusannya) yang sangat tinggi sehingga 70 peratus daripada harga yang jualan. Kalau kereta dengan harga RM100k, cukai dan segala kaitannya sebanyak RM70k. Sedangkan harga kereta yang sebenar cuma RM30k.

Bayangkan seseorang yang tiada duit, terpaksa buat pinjaman untuk membeli kereta dan hartanah. Hartanah sudahlah dimonopoli oleh pemaju. Pemaju pula dapat tanah daripada Tan Sri contohnya. Tan Sri pula dapat ratusan hektar tanah melalui kelulusan Menteri Besar negeri Y contohnya dengan harga RM0. Tiada sebarang bayaran. Cuma perlu taja Menteri Besar itu untuk menang lagi dalam pilihan raya akan datang.

Rakyat yang tiada ‘cash’ terpaksa membuat pinjaman untuk memiliki tanah. Pinjaman dibuat melalui bank, sudah pastinya mengenakan ‘faedah’ dan terpaksa bersilat dengan ‘muamalat’ untuk menjadi halal. Zaman hari ini kita sudah pun jelas tentang البيع بثمن آخل dan beberapa istilah mu’amalat yang lain. Tetapi yang kita belum jelas ialah kewujudan sistem kapitalis di belakangnya yang menyebabkan harga tanah melambung dan menjerat rakyat marhaen dengan perangkap hutang.

[1] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1212187678974703/
[2] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1204798673046937&id=251201991739948
[3] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1201475513379253/
[4] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1199421013584703/
[5] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1207259036134234/
[6] https://www.facebook.com/251201991739948/posts/1212187678974703/

HARAKAHDAILY 22/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.