Bekas

- Advertisement -

‘BEKAS’ Timbalan Presiden PAS ditangkap dan akan didakwa atas tuduhan melibatkan wang RM90 juta hari ini.

- Advertisement -

‘Bekas’ pimpinan-pimpinan PAN kawasan, kalah lagi sekali dalam pemilihan kali kedua, tapi kalau buat tiga kali mungkin menang itu, boleh cuba.

‘Bekas’ Timbalan Presiden PAS akankah menerima nasib yang sama, sebab pemilihan kawasan diapun dibatalkan dulu.

‘Bekas’ ‘cai’ dalam PAS dulu berpindah ramai-ramai ke dalam PAN lah tu, buat khianat parti orang.

‘Bekas’ ‘ibu dan kakak’ PAN Kawasan Puchong yang nak bantu mereka, tapi dibuang oleh ‘anak-anak’ dan ‘adik-adiknya’ sendiri, kurang ajar betul PAN Puchong ini.

‘Bekas’ Naib Presiden PAS terus jadi tak berani nak bertanding semula dekat Gopeng, tapi bukan takut kalah kut, berjiwa besar tu.

‘Bekas’ Ahli Parlimen MIC Cameron Highland cakap LTTE tak ganas, tahun lepas sebelum isu tangkapan pimpinan DAP.

‘Bekas’ PM4 kata boleh cuba kerajaan tanpa DAP dan PAN, langsung PAN menjerit histeria, tak bermaruah katanya.

‘Bekas’ Ketua Pembangkang Dun Kelantan, letak jawatan, dan Kelantan sekarang tanpa pembangkang.

‘Bekas’ rakan politik PAS yang jadi menteri cakap, Kerajaan Pusat dah bayar royalti kepada Kelantan, bila Kelantan kata itu Wang Ehsan, dia balas, tak mahu bergaduh pasal istilah.

‘Bekas’ pentaksub Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu, tiba-tiba bertukar kulitnya yang sebenar, menjadi Musailamah al-Kazzab yang terkenal itu setelah gagal menjadi Khalifah Umar. Ringet Malaysia betul dia ini.

‘Bekas’ Exco Kelantan tiba-tiba sokong Kerajaan Pusat pula dalam isu Royalti, dia mungkin dah jadi ‘bekas’ orang waras sekarang kut?

‘Bekas’ orang yang tandatangan dan gubal perjanjian royalti petroleum masih hidup lagi sekarang ini, Tengku Razaleigh dan Tun Salleh, perhati saja, tengok ‘bekas’ Exco itu cakap pasal royalti.

Tapi ini semua tak boleh lawan ‘Bekas’ Timbalan Perdana Menteri yang sekarang mengaku dia ‘Bakal PM’, duk gila nak jadi PM. Nanti dekat Tanjung Piai bising pulalah dia menari dengan MGR celup itu, lepas dia bagi kuliah maghrib.

MOHD NASIR ABDULLAH
22 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 22/10/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily  tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -