RM7.2 juta untuk Tg Piai, Bajet 2019 atau 2020?

- Advertisement -

SEMAKIN banyak lawatan dan pengumuman projek oleh Menteri di Tanjung Piai.

- Advertisement -

Setakat ini kelihatan Menteri Luar Bandar telah ‘turun padang’ dengan peruntukan RM230,000, Menteri Belia dengan peruntukan RM4 juta, Menteri Pertanian dengan peruntukan RM3 juta, Menteri Perumahan, dan pastinya beberapa Menteri lain yang akan menyusul.

syahir2Dimaklumkan lawatan dan pengumuman projek ini tiada kaitan dengan PRK Tanjung Piai, yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Persoalannya adakah projek-projek ‘durian runtuh’ ini diperuntukkan dalam Bajet 2019 atau Bajet 2020?

Jika Bajet 2019, mengapa hanya diumumkan pada bulan Oktober, menjelang PRK Tanjung Piai pada 16 November?

Jika Bajet 2020, bukankah Bajet masih dalam perbahasan, dan belum diluluskan di Parlimen?

Sekiranya pengumuman projek-projek ini dibuat tanpa peruntukan Bajet, bermakna mungkin semua projek ini akan menjadi ‘janji tinggal janji’.

#malaysiabaharu

SYAHIR SULAIMAN
21 Oktober 2019, Bangunan Parlimen – HARAKAHDAILY 21/10/2019

Sumber berita:

https://www.sinarharian.com.my/article/53171/BERITA/Nasional/RM3-juta-naik-taraf-tiga-jeti-di-Tanjung-Piai

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/10/19/syed-saddiq-sports-facilities-in-tanjung-piai-to-get-rm4mil-upgrade

https://www.sinarharian.com.my/article/53091/PRU/PRK-Tanjung-Piai/Pemberian-geran-tiada-kaitan-dengan-PRK-Tanjung-Piai

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/10/617290/prk-parlimen-tanjung-piai-alu-alukan-jika-ph-mahu-letak-calon-wanita

- Advertisement -