Muslimat-Wanita bersama ziarah YDP Pasir Salak

- Advertisement -

PASIR SALAK: Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Salak telah mengadakan ‘Ziarah Kasih’ kepada Yang DiPertua PAS Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari di kediaman beliau di Kampung Gajah, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Kunjungan ini dilakukan Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin bersama Adun Kampung Gajah Dato’ Dr Wan Norashikin Wan Nordin yang juga Ketua Wanita Umno Negeri Perak serta Ahli Jawatankuasa lainnya.

Ustaz Mustafa yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu dinasihatkan oleh doktor untuk berehat buat sementara waktu daripada melakukan sebarang aktiviti berat berikutan masalah jantung dihidapinya.

Namun, beliau semakin pulih, tetap bersemangat dan sangat gembira atas kunjungan yang menzahirkan semangat perpaduan dan keeratan silaturahim antara PAS dan Umno khususnya Muslimat dan Wanita.

Sempena ziarah tersebut, rombongan menyampaikan sumbangan ahli PAS buat Ustaz Mustafa, termasuk dari Wanita Umno bersama cenderahati bersama iringan doa kesembuhan buat beliau. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

- Advertisement -