JELAS Selangor impi lahirkan Muslimat kompeten

    - Advertisement -

    GOMBAK: Jelajah Munaqasyah Ucaptama Ketua Muslimat PAS Malaysia (JELAS) peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves, di sini semalam.

    - Advertisement -

    JELAS menjadi medan melumati hala tuju Muslimat PAS menerusi kandungan ucaptama pada muktamar lalu, selain menyampaikan secara langsung semua arahan daripada pimpinan kepada ahli.

    Antara dihasratkan oleh Muslimat PAS bagi sesi kali ini adalah untuk melahirkan lebih ramai anggota yang dapat memenuhi kompetensi gerak kerja merangkumi semua segmen selaras perkembangan politik.

    Setiausaha Muslimat PAS Malaysia, Dr Nurul Hani Ali dalam membentangannya menggariskan sepuluh tindakan utama dan tujuh tindakan bersepadu untuk direalisasikan dalam melahirkan Muslimat yang kompeten.

    Menurutnya, selain pembinaan jati diri meliputi aspek AKIFI iaitu Alim, Haraki dan Sufi, Muslimat juga perlu menjadi mujahidah siber yang bertindak menangani tohmahan keji terhadap PAS, sekali gus sebagai agen penerangan.

    Majlis ini telah dirasmikan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi yang menyuarakan tuntutan atas Muslimat untuk bersama menghadapi ancaman musuh di media sosial terhadap landskap politik negara.

    Seru beliau, Muslimat perlu menjadi agen penyebaran ilmu secara tepat dan benar kepada seluruh anggota masyarakat terutama juga ke atas golongan bukan-Islam agar mesej Islam tersebar dengan luas.

    Beliau juga berharap Muslimat dapat mengemukakan tindakan dan strategi lebih terperinci di seluruh kawasan yang dilaksanakan dengan kesatuan fikrah, selain menjadi contoh kepada rakan ta’awun. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

    - Advertisement -