Biar rakyat tahu cara peruntukan disalur

- Advertisement -

ALOR SETAR: Pengumuman Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir beberapa peruntukan kepada Adun-Adun sama ada kerajaan atau pembangkang dalam Bajet Kedah 2020, kini mula diviral di media sosial serta menjadi perbualan awam.

- Advertisement -

Muhammad Sanusi Mohd Nor (PAS-Jeneri) dalam perbahasannya berkata, keadaan sedemikian boleh menimbulkan masalah kerana rakyat menyangka peruntukan itu sudah berada di dalam poket para Adun.

“Sewajarnya Adun Jitra memaklumkan bagaimanakah bentuk peruntukan itu disalurkan agar tidak menimbulkan salah faham di kalangan rakyat di kampung-kampung.

“Pada anggapan mereka RM70,000 yang diperuntukkan kepada Adun pembangkang sudah ‘gemboi’ dalam poket kami, boleh minta bila-bila masa sahaja sedangkan peruntukan itu untuk projek-projek kecil yang diluluskan oleh Pejabat Menteri Besar, bukannya tunai di tangan kami,” ujar beliau.

Sepatutnya katanya, pihak kerajaan perlu memberi penjelasan yang jelas agar rakyat mengetahui bagaimana peruntukan tersebut disalurkan.

Pada 20 Oktober lalu, Menteri Besar Kedah telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 kepada Penyelaras Dun, RM200,000 untuk Adun kerajaan, , RM1.6 juta kepada Exco dan RM70,000 untuk Adun pembangkang.

“Tapi yang seronoknya, kalah pun dapat peruntukan, tak buat kerja apa pun kalau dibandingkan dengan kesibukan Adun-Adun. Macam tidak adilkan? Lebih baik kalah, kalau gitu,” sambung Ketua Pembangkang itu sambil berpaling kepada Adun-Adun kerajaan. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

- Advertisement -