BAYAN 3.0 terap jati diri pemimpin rakyat

- Advertisement -

AYER HITAM: Lajnah Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Dakwah PAS Negeri Johor telah mengadakan program Bayan Akidah dan Pemikiran Islam (BAYAN) 3.0 di Dewan Komuniti Umno, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Bertemakan “Bentuk Jati Diri Masyarakat Berasaskan Fikrah Islamiyah”, siri jelajah ini menampilkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan dan Wan Rohimi Wan Daud serta Ustaz Mokhtar Senik.

Ustaz Mokhtar mengambil huraian daripada buku Sistem Politik Islam karangan Khalidi Ali Muhammad Al-Anbari berhubung penegasan peranan pemimpin dalam menjaga kepentingan rakyat.

Terang beliau, pemimpin mempunyai kewajiban memberi khidmat sehabis mampu kepada rakyat seolah-olah mereka sangat mengharapkan bantuan daripada dirinya.

Lantaran itu menurut beliau, pemimpin mesti menganggap dirinya sepertimana juga rakyat dan memastikan sesuatu yang tidak disukai untuk diri sendiri, supaya dielakkan berlaku ke atas orang lain.

Malah peringatnya, pemimpin dilarang menghabiskan waktu kepada perkara untuk kepuasan syahwat, sebaliknya berusaha memberi sebahagian besar waktu bagi mentadbir hal ehwal kerajaan dan rakyat.

Bahkan nasihat beliau, pemimpin tidak boleh menganggap mereka yang memerlukan pertolongan itu sebagai satu kehinaan, sebaliknya bertindak menyegerakan bantuan dan memenuhi keperluan.

Hadir sama pada siri ini adalah Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin di mana BAYAN terdahulu telah diadakan di Melaka dan Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

- Advertisement -