14 cawangan PAN Kangar dibubar

- Advertisement -

KANGAR: Konflik dalaman Parti Amanah Negara (PAN) semakin parah apabila hari ini hampir kesemua cawangan di Kangar dibubarkan.

- Advertisement -

Bekas Pengerusi PAN Kangar, Mokhtar Che Kasim berkata, beliau bersama 14 ketua cawangan di Kangar mengisytihar membubarkan cawangan di bahagian tersebut.

Berikutan tindakan itu PAN Kangar sekarang hanya tinggal Cawangan Bintong sahaja.

Mokhtar berkata, ketidakadilan dalam pemilihan jawatankuasa PAN Kangar antara faktor mereka membubarkan cawangan.

Katanya isu itu juga tidak diendahkan Setiausaha Agung PAN Dato’ Wira Mohd Anuar Mohd Tahir biarpun dimaklumkan mengenainya.

“Pemilihan yang dilakukan melalui sistem e-Voters semalam tidak telus kerana sepatutnya sistem itu hendaklah dimaklum lebih awal dan tidak sesuai dengan situasi di sini.

“Banyak penipuan yang berlaku dan tiada ketidaktelusan dalam pemilihan semalam. Ahli yang tidak membayar yuran tahunan pun boleh meneruskan undian.

“Memang keadilan tidak berlaku dan kami sangat tidak berpuas hati,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

- Advertisement -