Ziarah Mahabah Deepavali santuni kaum minoriti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan telah mengadakan ziarah mahabah menyantuni masyarakat kaum India yang akan menyambut Deepavali hujung bulan ini.

- Advertisement -

Kunjungan ini diketuai sendiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Muslimat PAS Kelantan, Dr Wan Martina Wan Yusoff bersama Ahli Jawatankuasa Lajnah menemui penduduk India, di sini semalam.

Membantu menyelaraskan ziarah ini adalah Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan, Thanaletchumi Govindasamy selain disertai Muslimat PAS Kawasan Kota Bharu.

Selain menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan wang tunai, rombongan yang juga disertai Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim ini telah merekodkan aduan dan cadangan daripada penduduk.

Menurut Dr Wan Martina, walaupun warga India adalah golongan minoriti iaitu tidak sampai 1 peratus pengundi di Kelantan, namun hal ehwal kebajikan mereka tidak pernah diabaikan PAS dan Kerajaan Negeri.

Thanalechumi sendiri mengakui bahawa para penduduk tersebut sentiasa mendapat perhatian pihak Kerajaan Negeri Kelantan, selain dibantu juga oleh Penghulu Tanpa Mukim, Chandran Veyapuri serta Subramaniam Sreenivasan.

Turut bersama menyantuni penduduk masyarakat kaum India pada ziarah ini adalah isteri kepada Adun Bunut, Datin Wan Anita Muhammad Amin. – HARAKAHDAILY 20/10/2019

- Advertisement -