Tangguh lantik MPKK, jangan dera rakyat

- Advertisement -

PERLANTIKAN MPKK di Sarawak telah mula ke arah ketegangan di antara institusi komuniti negeri dan pusat. Ini jelas daripada laporan media semasa di mana beberapa institusi komuniti tempatan seperti Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat( KMKK) di beberapa tempat telah mula membantah perlaksanaan tersebut. Ini bakal merobek perpaduan di kalangan masyarakat atau komuniti jika MPKK terus dilaksana.

PH perlu melihat keutamaannya kepada rakyat dan bukannya sesuka hati mendera rakyat dengan mengambil kesempatan mewujudkan komuniti yang akan berpuak dan dengan harapan memudahkan mereka untuk menang pilihan raya. Di mana rasionalnya kewujudan 2 nakhoda dalam sebuah kapal apatah lagi langsung tiada penandaan skop tugas di antara kedua-dua institusi itu. Tambahan lagi, kesan kecelaruan atau percanggahan urusan di antara keduanya nanti sememangnya akan meruncing dan mungkin akan wujud konflik perundangan terhadap sesuatu keputusan. Namun, yang terus menjadi mangsa penderaan ini nanti adalah rakyat atau komuniti setempat di samping kawalan kepada limitasi kuasa oleh MPKK atau Ketua Masyarakat sedia ada.

PH digesa supaya kembalikan semula kemeja bulat bersama Kerajaan Negeri untuk berbincang perkara terbaik dan tolong jauhkan diri dari bermatlamat politik kepartian yang tidak berkesudahan. PH juga diharap mendengar keluhan dan respon penentangan dari KMKK yang sebenarnya ada kebenarannya.

ZHARUDIN NARUDIN
Ketua Penerangan PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 18/10/2019

- Advertisement -
- Advertisement -