Debat PTR: Terap unsur ragu pada Islam

- Advertisement -

TINDAKAN licik kumpulan LGBT di sebalik kejadian pertandingan debat Piala Tun Razak baru-baru ini sangat mendukacita. Penerapan unsur keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam telah dirancang secara terperinci oleh dalang pertandingan tersebut. Suatu tindakan yang biadab di mana mereka tidak menjaga sensitiviti masyarakat majoriti yang ada di negara ini.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Sarawak mempersoal tindakan penganjur,  tidakkah mereka tahu, untuk menganjurkan program debat di Malaysia, isu yang melibatkan unsur perkauman dan keagamaan tidak boleh disentuh langsung? Bagaimana perkara ini boleh terlepas, perlu disiasat dengan teliti dan mereka yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan yang tegas supaya kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

Menerapkan sentimen keraguan terhadap kebenaran ajaran Islam terutamanya mendebatkan kesahihan kitab suci umat Islam amatlah membahaya. Jika tiada tindakan diambil sekarang, nescaya perkara ini akanberulang lagi pada masa hadapan, bahkan mungkin akan jadi lebih teruk. Ini bukanlah kebebasan bersuara yang sebenar, untuk bersuara perlu ada peraturannya terutamanya dalam menjaga sensitiviti antara kaum dan menghormati agama dan kaum majoriti dalam negara.

Agenda menormalisasikan LGBT sedang berlaku di Malaysia dan seluruh dunia. Sehingga ke satu tahap, di masa hadapan, masyarakat akan menganggap LGBT merupakan sebahagian daripada kolompok masyarakat dan tidak mengaggap perbuatan seperti ini adalah jijik dan kedudukan mereka setaraf dengan kumpulan masyarakat awam lain walaupun semua agama di dunia ini menolak amalan LGBT dan mengutuk perlaku serta pengamal LGBT.

DPPNS melihat agenda LGBT semakin hebat di dunia ini khususnya di Malaysia, dengan munculnya kumpulan ini yang didukung oleh ahli Parlimen Kerajaan serta penyebaran secara terbuka amalan dan budaya berunsur LGBT tanpa ada sekatan mahupun tindakan serius.  Walaupun saluran media di Malaysia tidak mempromosikan LGBT secara rasmi, namun ramai remaja di Malaysia menggilai pengamal LGBT dari Thailand dan China, dengan mengunakan saluran lain seperti channel tv, youtube  dan sebagainya. Kerana adanya peminat dan pemintaan, maka Malaysia pernah menjemput pelakon LGBT popular dari Thailand ke Malaysia.

Malah sekarang muncul tokoh-tokoh LGBT yang berjaya dalam bidang perniagaan. Disebabkan kejayaan mereka ini bukan hanya di medan media sosial, bahkan di medan ekonomi tempatan, masyarakat mula kurang mengecam mereka dan muncul gerakan ‘mereka hanyalah manusia biasa’, ‘lihat mereka lebih berjaya dari anda’.Tidakkah keadaan ini membahaya?

Kemudian muncul pula gerakan di Eropah yang menegaskan di dalam al-Quran tidak menyebut secara langsung haramnya budaya LGBT, dan pengharaman tersebut hanya disebut dalam Hadis.

Maka Islamphobia terhadap LGBT menjadi senjata musuh Islam paling ampuh untuk menyerang Umat Islam. Apatah lagi sekarang kita berada di zaman hak asasi manusia, semua jenis hak asasi termasuk LGBT sedang dijulang tinggi. Sehingga pada satu tahap, umat Islam dipaksa untuk menghormati hak asasi LGBT, dan kita tidak boleh membenci dan menghukum mereka malah diarah untuk mencintai mereka. Isu terkini ialah tindakan Ilhan Omar (MP Muslim di US) menyertai perarakan LGBT di US  untuk menunjukkan Islam toleran pada LGBT.

Tindakan pemimpin dunia yang menyatakan Islam di negara Barat hidup disebabkan budaya toleransi dan menghormati hak asasi, contohnya Perdana Menteri New Zealand dihormati kerana tindakan dan reaksinya dalam menangani tragedi Christchurch, tetapi beliau sendiri merupakan aktivis LGBT di negara beliau sendiri. Tindakan ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa, Islam juga wajib menghormati hak asasi LGBT di negara Islam sendiri, seperti mana mereka hormati hak asasi Islam di negara Barat.

HAMDAN SANI
Ketua Pemuda PAS Sarawak – HARAKAHDAILY 18/10/2019

- Advertisement -